Saturday 24 November 2012

Kentut Paling Mahal



BAU kentut yang pekat pasti meloyakan tekak sesiapapun termasuk seorang warga Sweden, Göran Andervass.

Namun, lelaki pendiam yang berumur 53 tahun ini berjaya mendapatkan pampasan sebanyak AS$100,000 (RM305,832) hanya kerana dia tidak tahan dengan bau kentut seorang pelanggannya.

Jurukomputer Bank Sweden itu dalam satu perbicaraan di mahkamah pada 2003 memberitahu, seorang pelanggan bank membuang angin semasa mereka mengadakan perbincangan tetapi bau yang amat busuk mencetuskan satu pertengkaran.

Peristiwa itu bukan sahaja menarik perhatian rakan sekerjanya tetapi pengurus bank bertugas.

Andervass dan pelanggan yang juga seorang lelaki itu kemudian dipanggil ke bilik majikannya untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Malangnya, pelanggan itu berkeras mengatakan dia tidak kentut. Hasilnya, Andervass dipecat dengan alasan sengaja mereka cerita.

Namun, lelaki ini tidak berpuas hati dan menuntut gantirugi di mahkamah. Hakim mengarahkan majikan Andervass membayar gantirugi sebanyak RM305,832 kerana memecatnya tanpa alasan yang kukuh.

Lain pula halnya yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Kentut kambing

Seorang pelajar sebuah sekolah digantung daripada menaiki bas sekolah selama tiga hari gara-gara melepaskan kentut yang amat busuk.

Kejadian pada Mac 2009 itu menyebabkan pemandu bas berkenaan mengisi satu borang kelakuan tidak senonoh dengan mendakwa tindakan remaja berusia 15 tahun itu turut menyebabkan pelajar lain sesak nafas di dalam bas.

Pegawai sekolah Polk County, Florida berkata, kesalahan kentut tidak digariskan dalam peraturan, namun kentut menyebabkan kekacauan di dalam bas tertakluk dalam peraturan.

Bagaimanapun pelajar terbabit menafikan dakwaan itu dan mengatakan bukan dia yang melepaskan angin.

Kes-kes lucu berkaitan melepaskan kentut turut membabitkan haiwan.

Di Sydney, Australia, seorang penternak membuat panggilan kecemasan setelah terhidu 'gas bocor' namun sangkaannya meleset setelah diberitahu ia adalah bau kentut babi peliharaannya.

Seramai 15 anggota dan dua jentera bomba dikerah ke ladang yang terletak di Axedale, Victoria.

"Kami menjumpai seekor babi betina bersaiz besar dengan anggaran berat 120 kilogram. Kami percaya gas bocor itu datang daripada babi tersebut.

"Walaupun tidak terhidu gas tersebut kami dapat mendengar bunyi kentut keluar dengan jelas, lucu sungguh," kata pegawai bomba, Kapten Peter Harkins.

Tambahnya, pemilik babi tersebut kelihatan malu manakala petugas bomba mengambil masa untuk menenangkan diri.

"Kami menangani kes itu dengan profesional tetapi kami ketawa terbahak-bahak sebaik tiba di balai," kata Harkins.

Di New Zealand, para penternak ladang perlu membayar ganti rugi kepada negara dalam bentuk cukai setiap kali ternakan mereka khususnya lembu membuang angin.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penternak. Dakwa penternak, apalah salahnya jika lembu melepaskan kentut.

"Kentut merupakan satu perkara yang sudah menjadi lumrah semua kehidupan," kata salah seorang penternak.

Sekeras mana pun bantahan yang disuarakan, kerajaan Wellington telah pun menguatkuasakan undang-undang pelik itu.

Kentut cegah kanser

Peraturan itu merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan bagi memenuhi komitmen di bawah Protokol Kyoto.

Menerusi perundingan itu, New Zealand bersetuju untuk mengurangkan pemanasan global.

Salah satunya ialah meminimumkan pengeluaran gas metana. Metana (CH4) dibebaskan semasa penghasilan arang batu, gas asli, hidrokarbon dan daripada kentut haiwan ternakan.

Dalam satu kajian lain, kambing, lembu dan rusa menghasilkan sejumlah besar gas metana melalui kentut dan sendawa.

Berikutan itu, haiwan ternakan di New Zealand dipercayai menghasilkan pembebasan gas metana lebih 90 peratus.

Dianggarkan, seekor lembu akan mengeluarkan purata 350 liter metana dan 1,500 liter karbon dioksida sehari melalui kentut serta sendawa.

Seorang doktor dari Perancis pula mendakwa kentut mampu mencegah penyakit kanser.

Malah, Dr. Frederic Saldmann menyarankan kepada semua masyarakat dunia supaya memberanikan diri untuk membuang angin.

"Baik daripada mulut (sendawa) mahupun daripada 'bawah' (kentut) perbuatan itu boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

Beliau dalam buku tulisannya Le Grand Menage menjelaskan, gas yang terdapat dalam tubuh manusia lazimnya akan keluar melalui dua cara.

Pertama melalui mulut yang diistilahkan sebagai sendawa dan kedua daripada bawah iaitu kentut.

Saldmann menganjurkan agar semua orang boleh mengeluarkan kedua-duanya secara spontan, bila-bila masa saja yang diinginkan, tanpa menahan dan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi kerana malu.

"Ini kerana, membuang gas daripada tubuh sebanyak dua liter dalam sehari merupakan satu perkara yang semulajadi serta baik untuk kesihatan.

"Jangan memandai-mandai untuk menahan kentut atau sendawa kerana ia berbahaya, terutama bagi kelangsungan usus besar," kata Saldmann.

Tambahnya, menahan udara di dalam perut secara klinikal dikenal pasti akan meningkatkan penyakit jantung.

"Gas itu juga menyebabkan organ-organ di dalam badan terjejas jika tidak dilepaskan mengikut masa yang ditetapkan," katanya. - Agensi

Ada Tips untuk Beranak Ramai

Salam..

Jumpa satu tips beranak ramai, dalam suratkabar.


Nak cuba?
Tak.. bukan cuba-cuba beranak, lain la kalau dah kawin,
Nak cuba berniaga online?
Pastikan anda berhati-hati. Itu yang penting

Wednesday 21 November 2012

Nota : Melayari Youtube pada Firefox Jadi Blank Screen atau Hitam

Salam..

Bagi pengguna Firefox, ada kalanya skrin jadi blank atau hitam semasa melayari youtube. Tetapi jika mengunakan pelayar lain seperti Google Chrome atau IE, masalah skrin jadi blank atau hitam ini tidak timbul. Blank screen ini bukan sahaja timbul semasa menonton video pada youtube, malah ketika sedang membelek-belek untuk memilih video yang ingin di pasang.

Cuba penyelesaian ini :

1. Klik pada bar firefox (penjuru atas kiri), kemudian pilih options

Firefox > Options > Options
2. Kemudian keluar satu kotak Options,


Klik pada Privacy. Kemudian pada bahagian History, bahagian Firefox will, klik dan pilih Use custom settings for history.

3. Klik pada Show Cookies


4. Kemudian akan keluar satu kekotak, klik remove all cookies, dan ia akan menghilangkan cookies-cookies yang di pasang atau terpasang pada firefox.


Perlu di ingatkan, dengan terbuangnya cookies, firefox akan seolah-olah kembali ke pada asal atau mula-mula di install. Jadi, mana-mana yang telah di setkan atau setting, perlulah di setting semula.

Wassalam...

Sunday 18 November 2012

Nota : Mainboard Intel Tak Kenal USB Keyboard (BIOS)

Salam..

Board branded ni selalalunya bikin penin kepala.
Masalah pada board Intel DP35DP, USB keyboard tidak kenal atau dalam bahasa inggeris cannot detect USB Keyboard masa dalam BIOS/DOS.

Kalau dah tak detect keyboard, camna nak format PC? Yang menambahkan masalah lagi ialah mainboard branded ini tidak didatangkan dengan port keyboard atau mouse jenis PS/2.

USB, IEEE 1349 bla bla.. USB Keyboard tak detect.
Tukar jumper CMOS - dah
Cabut bateri CMOS - dah

Tup-tup jumpa solusinya.

Caranya:
1. Cari keyboard PS/2
2. Cari converter keyboard PS/2 ke USB (Gambar bawah)

Cari PS/2 Keyboard, cucuk kat kepala jingga tu, USB tu cucuk kat CPU

Kemudian, boleh format macam biasa.

Wassalam..

Cerita Perihal Nafsu


Kalian kenal aku?

Tentulah kenal sebab aku bukan sahaja amat terkenal bahkan amat berkuasa.

Ada orang kata aku lah yang paling berkuasa di dunia ini.

Contohnya pada suatu hari aku ketemu seorang budak menangis kelaparan. Dia mengadu tidak ada sesiapa sudi membantunya. Dia menemuiku dan membawaku ke sebuah restauran terkemuka. Sebaik sahaja pengurus restauran itu melihatku, budak itu mendapat layanan seperti anak raja.

Pada suatu ketika yang lain aku bertemu seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis.Lelaki duda berusia 54 tahun itu membawaku menemui keluarga si gadis. Tidak lama kemudian mereka diraikan dalam suatu majlis perkahwinan yang gilang gemilang dengan hantaran RM999,999.99.

Aku ada pengalaman yang lebih hebat lagi.

Pada suatu hari seorang lelaki telah ditangkap kerana mengedar dadah. Jika sabit kesalahan maka ia akan dihukum gantung sampai mati. Keluarga lelaki itu membawaku menemui peguambela paling hebat. Tidak cukup dengan itu mereka membawaku bertemu hakim yang terbabit secara sulit.

Lelaki yang sepatutnya mati itu kini telah pun dibebaskan!

Ada juga kesah yang kejam. Aku dipertemu dengan seseorang pembunuh upahan. Aku pun bertukar tuan lagi. Keesokan harinya seorang lelaki ditemui mati dan aku pasti; aku lah juga penyebabnya.

Bukankah itu membuktikan aku amat berkuasa?

Baru-baru ini seseorang menemuiku. Tak perlulah kunyatakan lelaki atau perempuan.

Dia membawaku ke sebuah kedai alat komunikasi. Setelah berunding maka aku diserahkan kepada pemilik kedai dan orang itu pulang ke rumah dengan hati yang puas.

Beberapa bulan kemudian dia mencariku lagi. Dibawanya lagi ke kedai alat telekomunikasi yang lain pula. Aku dipertaruhkan dan orang itu tersenyum gembira mendapat telefon dengan aplikasi terkini.

Sekarang kulihat orang itu kembali gelisah. Sudah beberapa kali dia membelek-belek iklan telefon baru yang amat canggih. Aku tahu, dalam masa yang terdekat ini dia pasti akan membawaku ke mana-mana kedai yang sesuai dan aku akan bertukar tangan lagi.

Kini keyakinanku terhadap kehebatanku sudah tergugat. Nampaknya aku bukanlah yang paling besar atau paling hebat. Ada yang lebih kuat dari aku.

Kalian sudah tahu siapa aku? Ya, akulah yang digelar WANG dan kini aku sedar bahawa ada yang lebih berkuasa daripada aku di dunia ini.

Ku akui kini bahawa NAFSU dan keinginan manusia jauh lebih hebat daripada aku. Nafsu dan keinginan manusia lah yang membuatkan aku terpaksa bertukar pemilik saban waktu.

Kredit : Cikguman

Nota : Format Windows terlekat di "setup is starting windows"

Salam

Dalam bahasa inggeris lebih kurang berbunyi freeze at "setup is starting windows". Masalah ni berlaku semasa kerja-kerja nak format Windows, samada windows XP atau Windows Tujuh.

Terlekat di situ, tunggu seminggu pun tak jalan
Dari pengalaman saya, masalah ini berpunca dari RAM.

Penyelesaiannya ialah :
1. Main tukar-tukar RAM. Kalau ada dua keping RAM atau lebih, cuba cabut satu dan format guna yang satu lagi, kalau masalah yang sama timbul lagi, guna pula RAM yang di cabut tadi. Kira macam main tukar tukar lah.
2. Kalau RAM ada satu, dalam situasi ini.. kena cari RAM yang lain lah, pinjam ke.. sewa ke sekejap, atau beli terus, tapi kalau dah beli baru..tup tup masalah tetap ada juga, blog ni tak tanggungjawab ek..

Pendek kata, memang penyakit freeze ni ada sangkut paut dengan RAM.

Waullahu 'Alam

Wednesday 14 November 2012

Mengumpul Hadiah

Salam..

Bila buka business, sudah tentu ada supplier atau pembekal. maknanya abg Is ni dealer lah. Bila dah ada supplier lebih-lebih lagi syarikat besar, kalau oder banyak barangan, sudah tentu ada hadiah.

Hadiah yang paling saya suka :

No Satu (1):

Baucar KFC
Beli produk Canon, dapat Baucar KFC, tahun ni tidak sebanyak tahun lepas. Gambar atas adalah hadiah dari pembelian produk katrij Canon untuk akhir tahun ni. Hadiah ini saya tak simpan lah sebab ia ada tarikh luput. Yang atas tarikh luput ialah 30 Oktober lepas. Rasanya tahun ini dapat kumpul lebih kurang RM 150 sahaja, berbanding tahun lepas lebih dari RM200.

No Dua (2):


Mug hadiah dari Canon, Bekas air tu dari HP.
Dua-dua produk pembelian Katrij
Buat masa ini baru dapat kumpul 7 mug aje, dan 4 bekas air

Hujung tahun ni Canon bagi hadiah Mug pulak, sama aje gambarnya. Selalunya kalau akhir-akhir tahun, kalau produk Printer, Canon bagi hadiah payung Golf (Payung besar).

Beg CD, No Tiga (3):

Hadiah dari Produk HP, toner
 No Empat (4):

Katij juga rasanya. Atau printer.

Hadiah kecil-kecil, yang budak kepala besar tu ialah mini fan (HP), banyak dapat..tinggal dua eko aje, lain-lain bagi kepada pelanggan. Sama juga dengan calculator (Canon), Pengikat kertas (HP) dan bekas alat tulis (HP). Tisu dalam kotak (Abg Is dah guna..dah abis dah pun bagi technician buat servis printer).

Lain lain :

Pen drive - Saya jual hehehehe..
USB HUB (Canon) - bagi hadiah kepada pelanggan
Jam tangan Canon - bagi kepada pelanggan jugak
Baucar Mc D - tebus habis dah, macam KFC juga.

Ini aje yang dapat dikumpul buat masa ini. KFC dah habis dah, mug simpan, bekas air nak kasi budak-budak lah, buat bubuh bekal air pegi sekolah.

------------------
Update (14/11/2012)

Dapat lagi, 5 bekas air, tiga mug

Monday 12 November 2012

Kartun : Facebook dan Jodoh


Face to face, ada berani?
Kalau nak dan memang ikhlas nak, kena la berani.
Tapi, sebelum face to face, kena kenal dulu, dalam FB contohnya.

Saturday 10 November 2012

Sedut Air Paip Kerajaan

Salam..

Pelik tak? Orang sedut dari telaga, kat sini sedut dari batang paip besar.

Sebenarnya tak pelik. Krisis air kampung abg Is memang berpanjangan, rasanya bermula dari tahun 2006 masalah air menjadi semakin kritikal. Sebelum tu ok je, takde masalah. Mungkin bilangan pengguna bertambah dan sistem pengurusan yang masih lagi klasik dan tidak teratur serta bermasalah.

Pendek kata, kalau pulas paip memang kosong, takde apa-apa yang keluar. Kalau sebelah malam kena tunggu pagi baru ada air meleleh keluar dari kepala paip, tu pun paip yang paling bawah.

Enjin paip baru beli ni - Sabtu 10/11/12, RM150. Cap ayam. made in China
Kelmarin beli lah sebuah enjin paip untuk ganti enjin yang lama, rosak dah - dan ia memang berjasa lah, tak perasan pula yang baru beli ini berapa Watt, tapi watt tak penting, sebab abg Is cuma nak sedut dari batang paip aje, bukan dalam telaga. Kalau lagi sikit watt, lagi elok. Kalau watt tinggi, dikhuatiri boleh pecah batang paip.

Penerangan pemasangan :
1. Buat penyambungan selepas meter air, kalau sebelum meter - menjadi satu kesalahan dan berdosa la.
2. Batang paip (dari gambar atas) yang nampak buruk dan berlumpur tu dari meter air, bahagian itu ialah air akan di sedut. (IN).
3. Batang paip satu lagi tu (yang baru) ialah bahagian air keluar (OUT), yang ni akan sambung ke tangki air.

Cara sedut, sedut aje..macam biasa. Kena pastikan ada air dalam tangki enjin. Kalau sedut air tak keluar, yang keluar hanya angin..maknanya tiada air dalam batang paip besar. Matikan enjin sebab angin yang mengalir juga akan menyebabkan meter air bergerak. Takkan nak bayar bil angin!?

Satu lagi petua, tengok kepala paip yang paling rendah arasnya, kalau ada air menitik..itu bermakna air ada dalam batang paip besar, cuma tekanan yang rendah menyebabkan ia tidak dapat mengalir banyak ke paip bawah apatah lagi ke tangki, masa ni boleh ON enjin lah.

Okey..kalau tempat anda ada masalah air yang berpanjangan macam tempat abg Is, boleh share ide ni. Abg Is ambik dari ide orang kampung sebelah, mereka dah lama guna sistem ni..

Wassalam..

Lepaskanlah Dia Pergi

Salam..

Semenjak dua menjak ni kem bola Kelantan kecoh yang teramat bila Mat Yo nak berhijrah ke Johor. Bagi saya la, bagi lah pelepasan kepada dia, cukup-cukup lah dok main tarik tali. Lagipun Mat Yo dah lama dalam kem KAFA dan dia dah banyak menabur baktinya kepada negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Sampai dapat tiga piala tahun ni.

Bagi la dia cuba angin baru, dengan pengurusan baru, peminat baru serta gaji lumayan yang baru. Kalau KAFA dok pegang Mat Yo atas alasan kontrak, kang dia main main-main, KAFA dan peminat juga rugi. Kalau awek kita dah taknak, tapi awek kita tu terpaksa bersama kita atas alasan 'makcik dia suka kita' contohnya, tak ada guna juga, buat sakit jiwa kita yang setia, tetapi dalam hal yang sama, awek kita tu dah ada boypren lain dah, dah lama dah ada boypren pon.

Pendek kata, lepaskan lah dia pergi.

KAFA katanya tengah pancing dua pemain Kedah.. elok tu. Apapun, akhir kata "Bolasepak Adalah Perniagaan". Kepada tan Sri Annuar, pengurusan anda memang ada umph! Lima tahun KAFA naik mencanak tinggi sampai baju bola Kelantan boleh buat baju raya lagi, orang tak malu dah nak pakai, bangga kalau dapat pakai baju TWR.

Friday 9 November 2012

Ketupat Pulut Daun Palas, Tapai Pulut dan Tradisi

Salam.

Ada beza antara ketupat pulut daun palas Kelantan dengan negeri-negeri luar. Perbezaan paling ketara ialah kepala dia la (Simpulan di kepala), ketupat versi Kelantan, kepala dia pendek dan ketupat jenis body bulat, manakala yang negeri sebelah luar kepala panjang.

Mek dan ayah saya orang niaga, macam abg Is juga. Tapi Mek berniaga makanan tradisi. Dua kali seminggu Mek akan buat ketupat pulut palas, tapai beras dan juga ketupat nasi.

Ketupat Pulut daun palas (Hitam dan Putih), masa raya Haji lepas. gambar ni baru 1/4 daripada keseluruhan 6000 biji. Digoreng/dimasak pada waktu pagi untuk tempahan ambil tengah hari (Selalunya untuk orang beraya jauh - balik kampung), di ambil sehari sebelum raya.

Ketupat pulut daun palas, versi yang dihasilkan berbeza-beza beserta harga pada musim perayaan (Raya Puasa dan Haji) lepas:
  1. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis) - Jenis pulut + kacang (Putih). (Ketupat pulut putih) (RM50/100biji)
  2. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis) - Jenis pulut + kacang + pulut hitam (Ketupat pulut hitam) (RM50/100biji)
  3. Ketupat Pulut Daun palas (Tawar) - Pulut sahaja, tiada kacang. (Ketupat tawar) (RM50/100biji)
  4. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis + Sambal) - Jenis pulut + kacang (Putih) ber-inti sambal daging (Serunding daging). (RM70/100biji)
  5. Ketupat Ubi Kayu (Manis) - yang ni musim tengkujuh (Versi Edisi Special)

Ketupat sambal selalunya bergantung kepada permintaan dan tempahan, selalunya musim perayaan samada Raya Puasa, Raya Haji, Perayaan Kaum Thai/Siam, Perayaan Tahun Baru Cina atau kenduri kendara.

Tapai yang Mek buat ialah tapai pulut dan ada dua jenis aje serta dibalut dengan daun getah liar (pokok getah toreh daun dia kecik, tak muat utk buat pembungkus). Dua versi iaitu :
  1. Tapai Pulut Putih (RM25/100biji)
  2. Tapai Pulut Hitam (RM25/100biji)
 Pembungkus tapai menggunakan daun getah memang asli dan special, permintaan tinggi jika dibanding dengan dibungkus guna daun pisang.

Ketupat nasi, atas sebab permintaan dan juga ketiadaan pucuk kelapa, Mek terpaksa buat ketupat nasi dalam dua versi, versi asal iaitu menggunakan pucuk kelapa dan versi baharu iaitu Mek menggunakan plastik sebagai sarungnya. Kedua-dua versi ini di rebus dalam satu periuk agar rasa 'daun kelapa' terkena pada versi plastik. (Plastik pembungkus makanan).

Tapai Pulut, memang ada jadual pembungkusan. Kena buat dan bungkus dua malam sebelum.. maknanya pada hari raya ia masak dan boleh terus dimakan. Contoh jika mahu di makan pada hari Jumaat, Rabu malam dah kena start bungkus. Ok, satu lagi, tapai pulut Mek ada cawat, dan di kerat bahagian atas, bagi nampak kemas

Pada hari biasa (Bukan raya puasa dan raya haji), harga memang murah.. sebab hari musim raya, peraih beras pulut memang sembelih harga pulut.. begitu juga dengan peraih daun palas. Ayah dah tak sihat mana dah untuk masuk hutan belukar cari daun palas, jadi sekarang oder dari peraih.

Dulu, masa abg Is tak buka business lagi (baru habis belajar), selalu juga masuk hutan belukar paya bakau tanah gambut dekat sempadan Malaysia-Thailand cari daun palas dengan ayah. Boleh dikatakan masuk tiap-tiap minggu. Berada dalam hutan tu sekali sekala macam dalam filem Rambo perang di Vietnam. Kat dalam hutan tu, 'tak bau' orang lah, kerbau memang banyak. Ada kadang-kadang terjumpa tengkorak kerbau, ayah kata mati dipatuk ular.