Thursday 30 May 2013

Keyboard Notebook - Tekan HURUF tapi keluar NOMBOR

Salam all..

Kes tekan butang huruf pada keyboard notebook atau netbook, tapi yang keluar ialah nombor - ini kes kronik jugalah. Sampai ada yang datang ke kedai saya dan mahu tukar keyboard kerana ada rakan-rakannya yang cuba 'baiki' kata keyboard rosak.


Ini bukan rosak, tapi salah 'picit' butang tu.

Tekan butang U keluar nombor 4, tekan butang O keluar nombor 6, tekan butang M keluar nombor 0.

Yang keluar ialah nombor cetakkan biru termasuk tanda palang (/)
Penyelesaian:

Sebenarnya, ia terjadi kerana pengguna mengaktifkan fungsi NUM LOCK dengan menekan butang Fn + NUMLOCK atau NumLk. SELALUNYA KES BEGINI ADALAH KES TIDAK SENGAJA ATAU TER-TEKAN ATAU SUKA SANGAT MAIN TEKAN-TEKAN. Lokasi NUMLOCK ini bergantung pada keyboard sesebuah notebook.

Untuk 'nyah' aktifkan fungsi NUMLOCK ini, pengguna kena tekan sekali lagi butang Fn (jangan lepas) dan tekan butang yang dicetak perkatan (warna biru atau oren atau kelabu atau warna-warna lain) yang tertulis NUMLOCK atau NumLk.




Ok selesai, jangan buang duit untuk benda yang boleh diselesaikan. Pastikan bagitahu dahulu penjual/juruteknik tentang masalah anda. Kosnya sudah tentu percuma. Jangan datang dan terus suruh tukar keyboard, sehingga technician kena tanya balik, "bahagian mana yang rosaknya?".

Kan selamat RM150.00 tu. Kes begini memang kerap terjadi.

Wassalam

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Yeayyy berjaya! info yg sgt membantu! dah gelabah dah tadi ingat keyboard lappy rosak. nasib baik google dan jumpa blog ni, selesai masalah! Alhamdulillah. Terima kasih bebanyak for the good info!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...