Sunday 24 February 2013

Hikayat Raja Dengan Pendayung Sampan


Cerita Rakyat Thailand yang dipetik dalam blog Cikguman.

------------------


Pada suatu hari raja dan beberapa menterinya mudik di sebatang sungai dalam sebuah perahu.

Setelah beberapa ketika dalam pelayaran tersebut semua menteri telah tertidur


Para pendayung yang melihat hal tersebut merasa jengkel lalu merungut sesama mereka.

"Tidur aje. Bukannya nak tolong dayung sama-sama." kata salah seorang daripada mereka.

Raja mendengar sungutan tersebut. Seketika kemudian, baginda memanggil pendayung yang merungut itu dan berkata:

"Beta dengar ada bunyi bising di tebing situ. Cuba kamu periksa." titah raja.

Si pendayung segera naik ke tebing untuk menyiasat. Seketika kemudian dia kembali dan memberitahu raja:

"Ada anak anjing, tuanku."

"Berapa ekor anak anjing itu?" tanya raja.

Si pendayung terpaksa naik ke tebing semula dan tidak lama kemudian dia kembali mengadap raja:

"Ada empat ekor, tuanku."

"Berapa ekor jantan dan berapa ekor betina?" tanya raja lagi.

Sekali lagi si pendayung terpaksa naik ke tebing.

"Dua ekor jantan dan dua ekor betina, tuanku." dia memberitahu raja sambil menahan lelah.

Raja mengejutkan salah seorang menteri dan bertitah:

"Ada bunyi bising di tebing tu. Pergilah siasat."

Menteri tersebut naik ke darat dan tidak lama kemudian beliau kembali.

"Beritahu beta apa yang kamu lihat?" raja bertitah.

"Patik dapati ada empat ekor anak anjing. Dua ekor jantan dan dua ekor betina. Patik cuba tinjau jika ada induknya di sekitar namun tiada. Pada pendapat patik anak-anak anjing tersebut bukan berasal dari situ sebaliknya ditinggalkan orang di situ. Itulah sebabnya mereka membuat bising kerana kehilangan induk dan juga lapar."

Raja berpaling kepada para pendayung. Baginda tersenyum sambil bertitah:

"......"

Kesudahan cerita itu, anda bolehlah tafsirkan sendiri apa yang dititahkan oleh Raja.

Saturday 2 February 2013

Icon (Shortcut) MS Office dalam Windows 8

Salam

Memang, mula-mula guna windows 8 agak kekok, ye lah, benda baru dan masih tercari-cari icon-icon dan beberapa fungsi. Memang betul kata rakan-rakan, windows 8 lebih mesra skrin sentuh manakala bagi pengguna pc atau laptop biasa masih lagi percaya dan setia kepada windows 7.

Mula-mula guna Win 8, tercari cari tempat untuk ambil shortcut MS Office untuk di letak pada desktop. Godek-godek akhirnya terjumpa lah.




Klik gambar untuk besarkan.

Icon MS Office berada dalam :

Buka Computer >
Local Disk C:>
Program Data>
Microsoft>
Windows>
Start Menu>
Programs>
Microsoft Office

Boleh copy shortcut dan letak pada desktop.

selesai