Thursday 2 August 2012

Video Youtube 'Freezes' (Berhenti) - Bukan buffering

Pasang video di youtube, sekejap ia berhenti sedangkan line internet laju dan tiada buffering. Ini mungkin disebabkan oleh plugin flash player versi terbaharu yang ada bug. Kadang-kadang undur sedikit video ia akan bergerak tetapi berhenti semula. Kalau ada iklan pada permulaan, iklan tidak boleh di skip dan video tidak dapat di tonton.

Sedikit penyelesaian lebih-lebih lagi bagi pengguna Chrome kerana Chrome sememangnya sentiasa 'automatic update' flash player.

Penyelesaian: 
1. Buka Chrome
2. Pada address bar, taip chrome://plugins/


3. Klik pada + Details (Sebelah kanan, lihat gambar atas)


4. Kemudian, Disable-kan plugins flash player versi yang terbaharu sekali (Berada di bahagian atas). Saya disablekan flash versi 11.3.31.222 (terbaharu).
5. Tutup tetingkap, dan buka youtube, cuba pasang video.

Selesai.

Wassalam