Monday 12 March 2012

Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi Menggunakan MS Word Office 2007

Salam..

Setelah selesai setting Bahasa Arab, Install Keyboard Jawi dan Setting Nombor Arab/Jawi, sampai masanya untuk menaip menggunakan tulisan Jawi.

Cara-cara menaip Jawi dalam Microsoft Office 2007

1. Buka Microsoft Word 2007, klik pada Right-to-Left Text Direction (No 1). Lihat gambar di bawah:

2. Kemudian, klik pada icon EN (English US) dan pilih AR (Saudi Arabia). Lihat gambar di bawah :


3. Apabila AR (Saudi Arabia) di pilih, akan keluar satu ikon keyboard di sebelahnya. Lihat gambar di bawah:


 4. Klik pada icon keyboard tersebut, dan pilih jawi-keyboard-sirim. Lihat gambar bawah :

 5. Sekarang, keyboard anda akan menjadi seperti gambar di bawah. Gambar di bawah saya ambil dari On Screen Keyboard dalam komputer saya.


 Gambar keyboard di atas adalah huruf-huruf dari Bahasa Arab. Untuk mendapatkan tulisan Jawi (enam huruf Jawi), anda perlu menekan butang Shift pada keyboard anda. Lihat gambar di bawah:

Dalam bulatan merah di atas, huruf-huruf Jawi akan muncul apabila butang Shift ditekan (pada keyboard).

Nota : Nombor-nombor Arab/Jawi tidak dipapar pada On-Screen Keyboard

PENTING : Untuk menaip dalam tulisan Jawi, anda perlu menggunakan tulisan atau font Times New Roman. Ada juga tulisan Jawi lain seperti Jawi Nasakah 1, Jawi Classic, Jawi Biasa dan sebagainya. Ada huruf-huruf Jawi yang telah dibekalkan bersama program/perisian Keyboard-Jawi-Sirim.

Contoh Menaip Jawi :

KUCING = Kaf Wau Cha Ya Nga { Kaf (;) Wau (,) Cha (Shift+Syin/A) Ya(Ya/N) Nga(Shift+Sin/S) }





Sekian, semoga membantu. 

Rujuk Juga :

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)
Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM) 
Tutorial 3 : Setting Nombor Arab/Jawi Dalam Microsoft Word 2007

19 comments:

  1. mcm maner nak show on-screen keyboard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda guna Windows Vista atau Windows 7,
      Klik butang Start > All Programs > Accessories > Ease of Access > On-Screen Keyboard.

      Nota : gambar on screen keyboard yg saya guna di atas adalah sebagai rujukan kepada 'gambaran' keyboard biasa.

      Delete
  2. sgt membantu..trime ksh

    ReplyDelete
  3. السلام عليكم . الحمدالله.
    بلوݢ امت ممبري منافعة . شكرا جزيلا

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak menaip pelbagai kedudukan hamzah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti yang tu,
      tapi kalau kepelbagaian huruf hamzah boleh dilihat dengan menekan butang Shift + key T atau Y atau G atau H.

      Delete
  5. تريما كاسيه. علمو يڠ ساڠت برݢونا دان ممبنتو. جزاك الله.

    ReplyDelete
  6. kenapa keyboard jawi x muncul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak muncul macam mana tu?
      Dah install bahasa Arab?
      Kena ikut langkah demi langkah.

      Gambar keyboard kat atas tu ialah dari On Screen keyboard.

      Delete
  7. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak tulis jawi. terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Sesuai,
      dan juga untuk mana2 MS Office. Tapi saya tak test lagi pada office 2013. Sesiapa yg dah test boleh tinggalkan komen ya.

      Delete
  9. sangat membantu T.T terbaek!

    ReplyDelete
  10. Thank you so much! Help me a lot! :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Setahu saya tulisan jawi dan arab tiada tanda baris.

      Delete
  12. alhamdulilah.....tq banyak membantu saya....

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, terima kasih...sy dah boleh taip jawi dan memudahkan sy utk menyelesaikan kerja sy...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...