Thursday 8 March 2012

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)

Salam..

Untuk menggunakan tulisan Jawi, pengoperasian komputer anda iaitu Windows (Saya guna Windows 7) perlu di set bahasa Arab (Arabic) kerana tulisan Jawi ada kaitan secara langsung dengan tulisan Arab seperti bentuk huruf dan permulaan bacaan serta penulisan yang bermula dari sebelah kanan ke kiri.

Untuk itu, pastikan bahasa Arab telah di masukkan kedalam komputer anda. (Lihat gambar bawah).


Nota : Jika terdapat tulisan atau simbol EN (Klik pada EN), dan di ikuti AR (Arabic), sila abaikan Tutorial 1 ini, dan boleh terus ke Tutorial 2. Jika masih belum ada, ikuti langkah-langkah untuk memasang/install bahasa Arab di bawah:

Cara Install Bahasa Arab (Arabic Language)

1. Klik pada butang Start > Control Panel

2. Dalam Control Panel, klik pada Clock, Language and Region (Atau seumpama, sesetangah Windows tulis Language & Region sahaja). Lihat gambar di bawah:



3. Klik pada Change keyboards or other input methods. Lihat pula gambar di bawah:


4. Klik pada ruang Keyboards and Languages, kemudian tekan butang Change Keyboards...

  
 5. Pada ruang Text Services and Input Languages, Klik butang Add...

 6. Tekan pada simbol + pada Arabic (Saudi Arabia), kemudian tekan simbol + pada perkataan Keyboard dan tandakan (tick) pada Arabic (101).

7. Klik butang OK untuk tutup semua tetingkap.

Apabila Bahasa Arab telah selesai di setting atau di install, satu icon dalam Microsoft Word akan keluar iaitu Right-to-Left Text Direction, iaitu kita boleh menaip dari Kanan ke Kiri (Menaip Bahasa Arab atau Jawi adalah dari Kanan ke Kiri. Lihat gambar di bawah:


Selesai untuk setting Bahasa Arab, tetapi jika anda mahu menaip huruf-huruf dalam Bahasa Arab, Jawi dan Nombor Jawi, sila ikuti Tutorial seterusnya.

Rujuk Juga:

3 comments:

  1. terima kasih byk2 en admin.. tutorial byk membantu

    ReplyDelete
  2. tqvm.. sgt2 membantu

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuan. sangat membantu saya

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...