Friday 9 November 2012

Ketupat Pulut Daun Palas, Tapai Pulut dan Tradisi

Salam.

Ada beza antara ketupat pulut daun palas Kelantan dengan negeri-negeri luar. Perbezaan paling ketara ialah kepala dia la (Simpulan di kepala), ketupat versi Kelantan, kepala dia pendek dan ketupat jenis body bulat, manakala yang negeri sebelah luar kepala panjang.

Mek dan ayah saya orang niaga, macam abg Is juga. Tapi Mek berniaga makanan tradisi. Dua kali seminggu Mek akan buat ketupat pulut palas, tapai beras dan juga ketupat nasi.

Ketupat Pulut daun palas (Hitam dan Putih), masa raya Haji lepas. gambar ni baru 1/4 daripada keseluruhan 6000 biji. Digoreng/dimasak pada waktu pagi untuk tempahan ambil tengah hari (Selalunya untuk orang beraya jauh - balik kampung), di ambil sehari sebelum raya.

Ketupat pulut daun palas, versi yang dihasilkan berbeza-beza beserta harga pada musim perayaan (Raya Puasa dan Haji) lepas:
  1. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis) - Jenis pulut + kacang (Putih). (Ketupat pulut putih) (RM50/100biji)
  2. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis) - Jenis pulut + kacang + pulut hitam (Ketupat pulut hitam) (RM50/100biji)
  3. Ketupat Pulut Daun palas (Tawar) - Pulut sahaja, tiada kacang. (Ketupat tawar) (RM50/100biji)
  4. Ketupat Pulut Daun Palas (Manis + Sambal) - Jenis pulut + kacang (Putih) ber-inti sambal daging (Serunding daging). (RM70/100biji)
  5. Ketupat Ubi Kayu (Manis) - yang ni musim tengkujuh (Versi Edisi Special)

Ketupat sambal selalunya bergantung kepada permintaan dan tempahan, selalunya musim perayaan samada Raya Puasa, Raya Haji, Perayaan Kaum Thai/Siam, Perayaan Tahun Baru Cina atau kenduri kendara.

Tapai yang Mek buat ialah tapai pulut dan ada dua jenis aje serta dibalut dengan daun getah liar (pokok getah toreh daun dia kecik, tak muat utk buat pembungkus). Dua versi iaitu :
  1. Tapai Pulut Putih (RM25/100biji)
  2. Tapai Pulut Hitam (RM25/100biji)
 Pembungkus tapai menggunakan daun getah memang asli dan special, permintaan tinggi jika dibanding dengan dibungkus guna daun pisang.

Ketupat nasi, atas sebab permintaan dan juga ketiadaan pucuk kelapa, Mek terpaksa buat ketupat nasi dalam dua versi, versi asal iaitu menggunakan pucuk kelapa dan versi baharu iaitu Mek menggunakan plastik sebagai sarungnya. Kedua-dua versi ini di rebus dalam satu periuk agar rasa 'daun kelapa' terkena pada versi plastik. (Plastik pembungkus makanan).

Tapai Pulut, memang ada jadual pembungkusan. Kena buat dan bungkus dua malam sebelum.. maknanya pada hari raya ia masak dan boleh terus dimakan. Contoh jika mahu di makan pada hari Jumaat, Rabu malam dah kena start bungkus. Ok, satu lagi, tapai pulut Mek ada cawat, dan di kerat bahagian atas, bagi nampak kemas

Pada hari biasa (Bukan raya puasa dan raya haji), harga memang murah.. sebab hari musim raya, peraih beras pulut memang sembelih harga pulut.. begitu juga dengan peraih daun palas. Ayah dah tak sihat mana dah untuk masuk hutan belukar cari daun palas, jadi sekarang oder dari peraih.

Dulu, masa abg Is tak buka business lagi (baru habis belajar), selalu juga masuk hutan belukar paya bakau tanah gambut dekat sempadan Malaysia-Thailand cari daun palas dengan ayah. Boleh dikatakan masuk tiap-tiap minggu. Berada dalam hutan tu sekali sekala macam dalam filem Rambo perang di Vietnam. Kat dalam hutan tu, 'tak bau' orang lah, kerbau memang banyak. Ada kadang-kadang terjumpa tengkorak kerbau, ayah kata mati dipatuk ular.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...