Wednesday 30 April 2014

Cara Menghasilkan Arang Sekam untuk Tanaman Fertigasi

Salam all..

Fertigasi? Apa tu? nanti cerita lain kali lah, tak pun sila google. Nak mudah, lawat blog otai fertigasi kat sini : http://myagri.com.my/. Aku tak kursus ni, kat Kelantan tak banyak kursus dibuat, yang jabatan pertanian dah terlepas dah.

Masalah aku nak buat projek fertigasi ini ialah MODAL, sekarang dok kumpul modal. Simpan sikit-sikit, berbulan bulan lamanya. hajat nak tanam cili secara fertigasi dalam 500 pokok. Skala 500 pokok ialah skala hobi, dan insya-Allah, niat dalam hati dan bertekad nak banyakkan hingga tahap komersial atau ladang iaitu sebanyak 1000 hingga 3000 pokok dan ke atas. Apa yang penting ialah ILMU dan KESUNGGUHAN. Kat tempat aku ni ada dua projek fertigasi cili dan timun berskala kecil, tapi sejak setahun dua ni nampak macam tak terurus. Ada tu tinggi rumput dari pokok cili. Mungkin dulu dia kursus penanaman secara hidroponik yang mengamalkan sistem 3T iaitu Tanam, Tinggal dan Tuai. Bagi aku, sistem fertigasi juga mengamalkan T nya sendiri iaitu Tanam, Teliti dan Tuai.

Fertigasi kos dia tinggi, kos permulaan memang tinggi dari tanam secara tradisi (atas tanah). Jadi nak jimatkan kos, aku hasilkan sendiri arang sekam. Aku oder 5 lori sekam dari kilang BERNAS, satu lori aku bagi RM10.00 kat driver, upah hantar. Kalau aku oder 100 lori, FREE je. Sebab diaorang memang nak buang sekam-sekam yang menyemak kat kilang. Kalau 100 lori nak letak kat mana, nak nak pula menjadi satu kesalahan jika bakar sekam tersebut. Oleh kerana rumah aku ni jauh dari rumah orang, boleh la proses arang sekam ni.

Silap aku ialah aku bakar dua longgok sekaligus, kesuntukan masa dan kekurangan guni membuatkan satu longgok sahaja dapat di urus, Satu lagi tu banyak jadi abu,

Sebelum pergi kerja (kerja sendiri tak pe), pagi-pagi dok pisahkan arang dan abunya. Oleh kerana kengkangan masa, banyak arang bertukar jadi abu lah. Satu longgok tu, 1/4 jadi abu, lain-lain jadi arang sekam.

Hitam arang tu berbara, letak kertas..terbakar terus. Tu nampak tu, merah-merah kat tengah.


(Gambar atas) Abu tu aku sodok dan longgok kat tepi, maka timbunan arang sahaja di angkut. Haba panas mau cecah 300 darjah oooo.. macam kerja dalam lobang gunung berapi Gunung Merapi.


Arang berbara.

Arang sekam tu aku longgok atas zink, pastikan abu tak terangkat sekali, jarang-jarang terambil abu, abaikan sajalah, janji sikit abu dan banyak arang. Arang masih panas dan berbara walaupun tak nampak asap (arang kurang asap).


Longgok sikit, aku siram dengan air, berdezzzap bunyinya. Ye la kan, siram bara memang berdezzap bunyinya. Lepas siram, kena sodok-sodok sebab arang sekam tak basah kat bawah, biar semua bara pada arang sekam mati.

Longgok-longgok siram sikit, dan ulang-ulang. Kena kuis kuis arang tadi, biar ia kena air. Kalau ada bara walaupun sedikit, ia akan menjadi 'api dalam sekam'. Tak nampak kat luar ni, tapi kat dalam jadi abu.. hahaha. Gambar atas tu memang dah siap dah. tunggu sejam, tak nampak asap. Aku tinggal biar ia terdedah kepada matahari dan biar ia kering. Lepas tu aku mandi dan pergi kerja lah.



Balik kerja, terus singgah rumah bapa aku, ambik guni beras. Tak banyak yang tinggal, ada 30 biji je. Minggu lepas dia ada bagi kat orang jual beras. Petang tu, terus sodok dan isi arang sekam tadi ke dalam guni. Memang sedikit lembap yang bawah sekali.

Siap bubuh dalam guni. Simpan di tempat yang kering.

Proses longgokan kedua. Lagi cantik dari yang pertama, sebab 'hampir' tiada abu. Panjang tanah ni sampai hujung sana (pokok hujung tu), kalau buat projek cili fertigasi jarak 2 kaki antara polibag dan 4 kaki lorong kerja, dekat 4000 polibag, sebab tanah ni seekar lebih)
Guni beras yang digunakan berkapasiti 25kg dan 50kg. Lepas habis di isi dalam guni, aku ulang semula proses hasilkan arang sekam ni. Dapat 30 guni 25kg + 50kg campur-campur. Ada lebih kurang dua longgok tak dapat di masukkan ke dalam guni, guni habis pak. Aku agak-agak la kan, kalau buat betul-betul, satu lori sekam padi, boleh hasilkan 25-30 guni 50Kg. Tapi aku tak cukup masa, banyak yang menjadi abu.

Kalau 25 guni satu longgok sekam, lima longgok dapat 125 guni 50kg. Satu guni 50kg boleh isi dalam 5 polibag. 5 polibag darab dengan 125 guni dapat 625 polibag. Kalau harga seguni 50kg sekitar RM 3.50, dah jadi RM400++, tolak RM50 upah lori hantar, jimat la RM350. Betul ke gitu?

Errr.. hari ni 1 Mei (hari Buruh), dapat 30 guni campur-campur 25kg dan 50kg, tu pun sepak-sepak guni supaya jadi sendat, boleh isi banyak. Ada selonggok yang siap proses terabai sebab guni takde. Dan yang belum diproses ada dalam selonggok lebih bercampur abu. Nuh yang longgok besar dok berasap, jadi abu dah.. Lebih-lebih tu sedekah kat orang kampung dan boleh aku tabur kat pokok nanas, serai dan pokok-pokok kacang serta sawi yang aku tanam.

Update 07/5/2014

Tak Cukup guni, hampar kain khemah



Dalam guni dan longgok atas khemah. Longgok ke dua banyak jadi abu

Lepas ni nak berfertigasi dengan arang sekam sahaja atau campur dengan coco peat?

Update Hari Wesak, 13 Mei

Beginilah bentuk sekam bakar

Ada orang kampung datang tengok aku proses sekam, takde orang buat kot sebelum ini. Sekadar bakar terus dan tunggu ambik abu.

"Belajar kat mana?", tanya mereka.
"Indonesia", aku jawab. 

Sampai Indo aku belajar proses arang sekam. Sebetulnya hanya Google kat internet je. Memanglah kat Indonesia mereka hasilkan arang sekam. Ada video lagi. Sila google untuk lihat videonya.

Sekam proses
Pagi dan petang proses sekam ni. Projek punya pasal lah katakan.
Aku sedekah kepada yang nak tabur pada pokok. Ambik je. Gua bagi free.

Memang la berasap sebab berbara


nanti sambung lagi...

Nota : Dah 10 tahun bisnes kedai komputer, rasa nak berundur juga lah. Kedai nak bagi kat adik atau anak saudara, biar diaorang urus. Insya-Allah, bertambah pokok dari projek fertigasi nanti, boleh la aku berundur 100%. 

Wassalam..

1 comment:

  1. Tahniah.
    Teruskn usaha. Komen negetif ? mesti ada. Pedulikn. Org kita hnya pndai mencemuh. Bla dh brjaya ada lak yg dengki. Sabarlah. Bkn sng nk sng.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...