Sunday, 10 June 2012

Pengembara Kambing dan Paderi


Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Sunday, 27 May 2012

Apa itu Nasi Besan?

Pejam celik pejam celik, musim cuti sekolah kembali dan yang paling sinonim dengan musim cuti sekolah ialah kenduri kahwin. Ada sesetengah 'pelatah' menggelar musim kahwin ni sebagai 'musim mengawan'. Ada yang nakal lagi berani memanggil musim ini sebagai musim orang berlaga pusat, hahaha..

Ada satu benda yang bebudak generasi X, Y dan Z tidak tahu malah mungkin ianya telah pupus dari kamus kenduri kahwin, iaitu Nasi Besan.

Nasi Besan,
Nasi besan ini hanya wujud ketika kenduri kahwin.

Cerita ringkasnya:

Nasi Besan ialah satu istilah nasi serta lauk pauk yang di isi didalam bekas yang digelar mangkuk tingkat, di negeri Cik Siti Wan Kembang, ia dipanggil Long Jok. Saya tak pernah lihat lagi Nasi Besan ini di isi dalam lain-lain mangkuk atau bekas. Gambar mangkuk tingkat ada di sebelah, gambar ihsan paripariputih.blogspot.com.


 Pada hari perkahwinan, pihak pengantin perempuan akan menyediakan lauk pauk untuk jamuan kenduri (selalunya lauk pauk untuk pihak rombongan pengantin lelaki adalah di masak khusus dan lauknya sedikit special). Maksud special disini ialah, jika lauk pauk untuk jamuan pihak pengantin perempuan adalah empat jenis, pihak pengantin lelaki akan di sediakan mungkin lima atau enam jenis lauk pauk termasuk pencuci mulut.

Pihak pengantin perempuan akan menghantar nasi dan lauk pauk ini (diisi dalam mangkuk tingkat) melalui wakilnya ke rumah pengantin lelaki. Di sini, pihak pangantin lelaki akan tahu apakah lauk pauk yang akan di hidangkan kepada mereka setelah sampai di rumah pengantin perempuan nanti (mereka perlu membawanya ke dapur dan membukanya). Gambar sebelah ihsan piecesoflin.blogspot.com.

Sampainya Nasi Besan ini di rumah pengantin lelaki adalah bermaksud pihak pengantin perempuan 'menjemput' pihak pengantin lelaki serta rombongannya ke rumah pengantin perempuan. Apabila Nasi Besan telah sampai dan dibuka, pihak pengantin lelaki perlu memberikan hadiah kepada wakil pengantin perempuan yang datang tadi. Selalunya hadiah tersebut berupa kain sarong (yang baru).

Bila wakil pengantin perempuan balik, maka rombongan pengantin lelaki bersama 'anak teruna' akan bergerak ke rumah pengantin perempuan.

Perlu diingatkan, Nasi Besan hanya di hantar jika tempat tinggal antara kedua-dua ibubapa mempelai adalah berdekatan. Jika mereka berjauhan, selalunya Nasi Besan ini di beri kepada ibubapa/wakil pengantin lelaki, apabila rombongan akan bertolak balik.

Wujudkah tradisi Nasi Besan di tempat anda?
Di tempat saya ianya masih ada dan di amalkan.

Kesimpulan :
1. Nasi Besan adalah menu atau lauk pauk yang bakal dinikmati oleh rombongan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan.
2. Nasi Besan yang di hantar adalah sebagai tanda pihak pengantin perempuan menjemput pengantin lelaki dan rombongan ke rumah mereka.

Waullahu 'Alam.

Jika ada kesempatan masa, saya mahu cerita istilah Ngele dan Ngenal, semua ini dalam bab kenduri kahwin di Kelantan dan sekitar negeri Terengganu.


Monday, 12 March 2012

Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi Menggunakan MS Word Office 2007

Salam..

Setelah selesai setting Bahasa Arab, Install Keyboard Jawi dan Setting Nombor Arab/Jawi, sampai masanya untuk menaip menggunakan tulisan Jawi.

Cara-cara menaip Jawi dalam Microsoft Office 2007

1. Buka Microsoft Word 2007, klik pada Right-to-Left Text Direction (No 1). Lihat gambar di bawah:

2. Kemudian, klik pada icon EN (English US) dan pilih AR (Saudi Arabia). Lihat gambar di bawah :


3. Apabila AR (Saudi Arabia) di pilih, akan keluar satu ikon keyboard di sebelahnya. Lihat gambar di bawah:


 4. Klik pada icon keyboard tersebut, dan pilih jawi-keyboard-sirim. Lihat gambar bawah :

 5. Sekarang, keyboard anda akan menjadi seperti gambar di bawah. Gambar di bawah saya ambil dari On Screen Keyboard dalam komputer saya.


 Gambar keyboard di atas adalah huruf-huruf dari Bahasa Arab. Untuk mendapatkan tulisan Jawi (enam huruf Jawi), anda perlu menekan butang Shift pada keyboard anda. Lihat gambar di bawah:

Dalam bulatan merah di atas, huruf-huruf Jawi akan muncul apabila butang Shift ditekan (pada keyboard).

Nota : Nombor-nombor Arab/Jawi tidak dipapar pada On-Screen Keyboard

PENTING : Untuk menaip dalam tulisan Jawi, anda perlu menggunakan tulisan atau font Times New Roman. Ada juga tulisan Jawi lain seperti Jawi Nasakah 1, Jawi Classic, Jawi Biasa dan sebagainya. Ada huruf-huruf Jawi yang telah dibekalkan bersama program/perisian Keyboard-Jawi-Sirim.

Contoh Menaip Jawi :

KUCING = Kaf Wau Cha Ya Nga { Kaf (;) Wau (,) Cha (Shift+Syin/A) Ya(Ya/N) Nga(Shift+Sin/S) }





Sekian, semoga membantu. 

Rujuk Juga :

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)
Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM) 
Tutorial 3 : Setting Nombor Arab/Jawi Dalam Microsoft Word 2007

Saturday, 10 March 2012

Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007

Salam..

Setelah selesai Tutorial 1 dan 2, masuk pula bab tiga iaitu cara-cara nak setting nombor Arab/Jawi. Nombor Arab/Jawi adalah seperti gambar di bawah:

Saya tak pasti, ada yang kata, nombor Arab adalah 1 2 3 (nombor rumi biasa), tapi tak kisahlah, jika mahu guna nombor 123 boleh, nak guna nombor Arab/Jawi pun boleh.

Cara-cara Setting Nombor Arab/Jawi

1. Buka Microsoft Office Word 2007 (saya guna versi Word 2007). Klik pada Office Button. Lihat gambar di bawah:


2. Klik pada Office Button (No 1) dan kemudiannya klik pada Word Options (No 2).


3. Klik pada Advanced (No 1), satu tetingkap akan keluar, scroll down dan cari Numeral, pada kekotak Numeral pilih/tukar kepada Context (No 2).

4. Klik OK untuk tutup tetingkap.


Rujuk Juga :

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)
Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM)  
Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007
Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi menggunakan Office Word 2007