Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Sunday, 16 September 2018

Pen Drive Keluar Tulisan GIBBERISH atau Tulisan Pepaku Zaman Batu (Macam ASCII Code)

Salam...

Penyebab : Kes cucuk pendrive dan drive lain pada USB komputer lama seperti PC Zaman Pentium 4.

Klik utk besarkan gambar

Penyelesaian :


1. Download GetDataBack. Jika PenDrive anda guna format FAT32, klik kanan pada icon Fat32 dan RUN AS Administrator.


2. Klik NEXT


3. GetDataBack akan scan, klik pada PenDrive anda. Kena pastikan betul-betul deh.. Klik NEXT


4. Ia akan scan pen drive anda, lambat atau cepat bergantung kepada saiz dan pen drive anda. Klik NEXT apabila selesai.

Sila semak setiap Folder utk pastikan file yang telah di backup.
5. Folder asal anda akan di namakan seperti dlm gambar atas, ia jadi nombor, contoh [00A56E]. Anda kena rename semula selepas siap di backup nanti.

6. Bina satu folder, dan namakannya BACKUP. Nak lagi mudah, buat folder Backup ini di DESKTOP ataupun kat mana-mana yang anda rasa terbaik (Dalam partition D sbg contoh). Jangan buat dlm PenDrive yg terkena penyakit ini.

7. Klik KANAN pada FAT32 (Arahan 1) dan pilih COPY. Atau kalau perlu,


7. Arahan 1 ialah Folder Backup yang di buat di Desktop. Apabila klik pada COPY. Klik butang Browse (Arahan 2) dan cari lokasi folder Backup (Contoh dlm Desktop). Dan Klik OK.


8. Proses Copy File ke Folder Backup. Tunggu hingga siap.

Dalam Folder Backup pada desktop

9. Sila semak satu-satu folder yang di simpan dlm folder Backup di desktop. Pastikan file anda selamat. Jika semua dah OK, anda boleh Rename semula folder-folder tersebut..



10.  Apabila file anda di DESKTOP tadi dah selamat. Pen Drive yang kena penyakit tadi, boleh di Format. Selesai format, anda boleh COPY file anda tadi ke dalam pen drive anda pula.

Download:
Download GetDataBack (Mediafire)



Selesai..

Waullahu 'alam.

Saturday, 7 December 2013

Butang START untuk Windows 8

Salam all.

Memang ramai yang mengeluh dengan sistem Windows 8 punya desktop. Start menunya berada di dalam petak-petak dan muncul di permulaan pengoperasian.

Memang serabai kalau Start berada di depan, nak pula laptop jenis yang bukan touch screen

Ada satu OS (Free OS) yang dibina untuk mewujudkan semula butang START serta anda akan terus dibawa ke Desktop seperti Windows 7 dan tak perlu lagi membuang maca di menu petak-petak tersebut. :-D

Download dan install lah. Apa-apa hal boleh tinggalkan komen.

Nota : Buang tanda tik masa perisian tersebut menawarkan iklan, nanti berserabut jika iklan di install.


Download : https://www.mediafire.com/?sb1zjlr9j7rca8q

Sama seperti Windows 7

Tuesday, 28 May 2013

Membuat Recovery atau Restore atau Reset Microsoft Windows 8

Salam all.

Notebook atau Netbook atau PC yang didatangkan dengan perisian Microsoft Windows 8 (Ory) tidak di berikan nombor key seperti Windows 7 ataupun Windows XP yang mana nombor key selalunya dilekatkan dibawah casing bagi Notebook dan Netbook manakala PC dilekatkan di tepi casing.

Jika berlaku masalah kepada Windows ini, anda boleh restore semula Windows 8 Ory dalam mesin anda dan anda akan dapat semula Windows 8 yang baharu (Fresh).

Apapun, sebelum reset/restore, sila backup data anda samada ke external hard disk atau kedalam partition lain (mesin akan restore Windows 8 ke dalam partition yang ada Windows yang rosak).

Lihat video cara-cara reset/restore Windows 8 ;


Nota : cara seperti di atas boleh juga diguna kepada mesin yang berlainan jenama seperti Toshiba, HP, Lenovo dan sebagainya asalkan ia menggunakan Windows 8. Selamat Mencuba.

Amaran : Jika data-data anda adalah data yang penting, sila backup kedalam External hard disk dan juga ke dalam partition lain.

Monday, 21 January 2013

WAT Already Remove (cannot remove WAT)

Windows Genuine Advantage (WAT),

Adat dah kalau pakai perisian si Lanun Jack. Ter-update windows atau silap pilih update, keluar la warning WAT, skrin jadi gelap hitam serta ada gangguan (ala, biasa aja) semasa nak masuk ke desktop. Tapi machine tetap boleh digunakan seperti kebiasaanya. Cumanya gambar latar pada desktop tak 'lekat' walau di pilih-simpan, hilang selepas restart. Padan muka aku juga!.

Ok..ada penyelesainnya. Google dalam internet ada bersepah WAT Remover pelbagai versi, samada untuk OS W XP, W7, Vista atau mungkin sudah ada untuk W8.

Nak buang WAT google aja caranya.. SINI SINI

Yang nak di tekankan di sini ialah, WAT dah sedia di buang, tapi terkena lagi penyakit Windows not genuine ni.. muhahahahs.

Tak boleh dah guna WAT Remover utk kali ke dua, jangan cuba2 Restore WAT, lain penyakit boleh mari

Caranya, boleh cuba guna Chew-WGA 1.1, atau boleh guna Chew versi 0.9.

Boleh download di sini : http://www.4shared.com/zip/UvB_aS2V/Chew-WGA_11.html

Sunday, 18 November 2012

Nota : Mainboard Intel Tak Kenal USB Keyboard (BIOS)

Salam..

Board branded ni selalalunya bikin penin kepala.
Masalah pada board Intel DP35DP, USB keyboard tidak kenal atau dalam bahasa inggeris cannot detect USB Keyboard masa dalam BIOS/DOS.

Kalau dah tak detect keyboard, camna nak format PC? Yang menambahkan masalah lagi ialah mainboard branded ini tidak didatangkan dengan port keyboard atau mouse jenis PS/2.

USB, IEEE 1349 bla bla.. USB Keyboard tak detect.
Tukar jumper CMOS - dah
Cabut bateri CMOS - dah

Tup-tup jumpa solusinya.

Caranya:
1. Cari keyboard PS/2
2. Cari converter keyboard PS/2 ke USB (Gambar bawah)

Cari PS/2 Keyboard, cucuk kat kepala jingga tu, USB tu cucuk kat CPU

Kemudian, boleh format macam biasa.

Wassalam..

Nota : Format Windows terlekat di "setup is starting windows"

Salam

Dalam bahasa inggeris lebih kurang berbunyi freeze at "setup is starting windows". Masalah ni berlaku semasa kerja-kerja nak format Windows, samada windows XP atau Windows Tujuh.

Terlekat di situ, tunggu seminggu pun tak jalan
Dari pengalaman saya, masalah ini berpunca dari RAM.

Penyelesaiannya ialah :
1. Main tukar-tukar RAM. Kalau ada dua keping RAM atau lebih, cuba cabut satu dan format guna yang satu lagi, kalau masalah yang sama timbul lagi, guna pula RAM yang di cabut tadi. Kira macam main tukar tukar lah.
2. Kalau RAM ada satu, dalam situasi ini.. kena cari RAM yang lain lah, pinjam ke.. sewa ke sekejap, atau beli terus, tapi kalau dah beli baru..tup tup masalah tetap ada juga, blog ni tak tanggungjawab ek..

Pendek kata, memang penyakit freeze ni ada sangkut paut dengan RAM.

Waullahu 'Alam