Showing posts with label Fertigasi. Show all posts
Showing posts with label Fertigasi. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

Fertigasi : Banjir Melanda Kebun/Ladang Cili Fertigasi

Salam..

Dugaan dari Ilahi, dua kali kena air bah. Memang bah kali ini dasyat, tempat yang tidak pernah dinaiki air pun kena juga.

1. Banjir Gelombang Pertama, air datang dari Siam melalui sungai Golok.


Pokok tengah berputik masa ni

Gambar dua hari kemudian, itik dan angsa terlepas masuk dalam kawasan tanaman

2. Proses 'baik pulih', buang pokok yang mati dan juga pokok yang patah. Ada yang kena penyakit kulat.


3. Banjir Gelombang ke dua datang melanda, kali ini air datang dari sungai Kelantan (Air Gua Musang)

Kerja-kerja selamatkan anak pokok tak sempat siap, gelombang kedua datang seminggu kemudian.



4. Kerja-kerja penyusunan semula pokok. Hampir separuh (Sekitar 250 pokok mati atau rosak)


Hampir dua minggu pokok tak terjaga, sebab banjir dan juga ketiadaa eletrik. Ada yang terbantut pertumbuhan, ada yang kecut terus, dan ada yang habis gugur daun.




Yang tinggal hari ini.



Pokok yang terselamat tapi masih 'sakit', masih lagi mampu keluarkan hasil

Semua ini, dugaan, cubaan, dan cabaran.

Waullahu 'Alam

Sunday, 7 December 2014

Fertigasi : Pokok Cili Berbunga pada hari ke 17

Salam all..

Awalnya pokok berbunga,
syukur alhamdulillah...

Adakah ini normal atau tidak?
Selalunya pokok cili atau biasanya cili kulai, ia berbunga pada usia satu bulan + seminggu lebih (40 hari). Nak di katakan pokok ditanam lewat, mungkin juga sebab saya pindah ke polibag pada usia 30 hari. Sepatut usia 25 hari wajib pindah.

Oleh kerana saya baru dalam bidang ini, saya anggap itu normal. (Pokok tak sampai sekaki tinggi, baru pecah cabang)




Monday, 1 December 2014

Fertigasi : Daun dan Pucuk Cili Berwarna Kuning

Salam all..

Tanaman fertigasi sy dah ada nampak masalah. Tak tahu penyakit apa, atau mungkin kekurangan air, baja atau kekurangan unsur dalam baja AB SOL.

Daun menjadi kekuningan dan urat pada daun sahaja yang masih hijau. Boleh dikatakan 99% pokok cili menjadi begini.

Mohon kepada yang tahu untuk berikan komen dan ulasan serta cara pencegahan.

Media digunakan - Sekam padi bakar 100%
Baja digunakan - Baja ready made AB SOL 20-20-20+TE
Sumber air - dari paip JBA (Berklorin)
Kadar siraman - 500ml sehari
Bilangan siraman - 6 kali sehari
Masa siraman - 2 minit.
Kuantiti pokok - 440 pokok/polibag
Pam digunakan - TOYO 0.5hp

Wassalam.

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

Biru di hijung tu bekas/peninggalan siraman racun kulat (racun debu berwarna biru)

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

JAWAPAN DARI PEGAWAI PEMASARAN MARDI (BLOG MYAGRI DI SEBELAH):

Wsalam,
Bila dilihat gambar tersebut, di dapati pokok macam kekurangan Baja mikro
nutrient.

Berapa pokok yang jadi macam ini? adakah kesemua polibeg atau 5% daripada
keseluruhan pokok.

Air JBA adalah air terbaik untuk tanaman fertigasi. Dos Klorin di dalam
air JBA tidak memberikan masalah pada tanaman. Buktinya ikan hiasan dan
manusia tidak mati dengan menggunakan air JBA.

Penggunaan Baja 20-20-20 + TE dalam fertigasi selalu menghadapi masalah
ini sebab itu saya Tanya berapa bilangan pokok yang kena seperti ini.

Kalau banyak polibeg yang jadi masalah ini, formulasi atau dos bancuh Baja
20-20-20 tersebut perlu ditambah. Bukan EC tetapi kepekatan pati Baja
tersebut.

Kalau sekadar 5% polibeg sahaja, kemungkinan pH dalam polibeg tersebut
lari, jadi pokok tidak dapat tangkap nutrient yang diberikan terutama
mikro nutrient. Jadi cuba boleh buat flushing air kosong

Jika masih manghadapi madalah ini boleh wassap saya di talian 0173052951.

sekian, terima kasih.

ysuhaimi


------
Saya kena flushing tiap-tiap hari kerana symptom daun kuning hanya terkena pada lebihkurang 40 pokok sahaja.

Sunday, 30 November 2014

Fertigasi : Cara Menyemai Benih Cili

Salam all...

Nak cerita sedikit cara mudah nak semai benih cili atau apa-apa benih pokok, lebih-lebih lagi ianya bukan benih hybrid. Kalau jenis hybrid, ia mudah bercambah dan pertumbuhannya adalah seragam. Kalau ada benih yang bukan hybrid, caranya ialah;

1. Sebiji besin atau bekas plastik gelap.
2. Kertas atau peatmoss
3. Plastik hitam sebagai penutup.


1. Selepas benih di rendam dalam air, (sebaiknya air mineral atau air yang bebas klorin) selama lapan jam, toskan benih tadi, kemudian gaul dengan racun kulat. Biarkan sekejap agar ia kering. Kalau basah, payah nak tabur.

2. Isikan peatmoss (atau lepisan kertas) kedalam basen/bekas plastik, isi sedikit sahaja peatmos. Padatkan dengan menekan perlahan peatmoss dalam basen tadi.

3. Taburkan benih atas peatnoss/kertas tadi. Basahkan dengan semburan kabus di atas anak benih tadi. Jangan sembur terlalu banyak, sembur untuk melembabkan peatmoss sahaja, kalau berair, anak benih akan rosak dan busuk.

4. Tutup dengan plastik hitam dan ikat di permukaan basin tadi. Buka untuk pastikan peatmoss sentiasa lembab.

5. Selepas tiga hingga lima hari, benih akan keluarkan akar radikal/ulung (warna putih dan berbulu dalam gambar di atas), jika dah banyak yang keluar akar ulung, pindahkan ke tray semaian. Ambil yang ada akar ulung/radikal sahaja.

6. Saya pindah sikit-sikit, ambil yang keluar akar sahaja. Sebelum pindah, sediakan tray yang diletakkan peatmoss. Basahkan/siramkan peatmoss dalam tray tadi, buat lubang dalam kadar 1 cm, letak benih tadi sebiji selubang dan timbus perlahan. Berhati-hati agar akar tidak patah semasa pemindahan.

7. Cara ini memang susah dan perlu bersabar dan teliti. Tapi kita dapat mengoptimumkan setiap lubang dalam tray.

Dalam satu tray, pertumbuhan dalam 95 pokok dari 104 lubang tray.

Benih yang disemai terus. Pertumbuhan jarang-jarang.

Wassalam..
Selamat Mencuba

Tuesday, 25 November 2014

Fertigasi : Memindah Anak Lada Solok Ke Polibag

Salam all..

Sebenarnya projek Fertigasi cili ni baru je mula. Sepatut bermula 3 bulan lepas. Sebab kekurangan modal, tangguh la dulu dan baru mula seminggu lepas.

Kali ni nak tunjuk cara memindah anak cili/lada solok ke polibag yang mengguna media sekam bakar 100%. Ini cara yang saya buat kerana ini projek fertigasi pertama kali saya jalankan.

1. Isi air kosong dalam tangki. Alirkan ke polibag beberapa minit hingga air tadi mengalir keluar polibag. Kaedah ini dipanggil Flushing. Ini juga dapat membasahkan sekam untuk memudahkan penanaman dan mencucuk penitis. Ia juga berfungsi untuk membasuh sekam dan menuteralkan media tadi.

2. Pilih anak cili yang terbaik, subur dan nampak 'megah'. Tak perlu harap sangat yang seragam sebab ini bukan anak cili hybrid. Jadi ambik  yang terbaik dari yang terbaik. Yang kenit, ketepikan dulu.


 2. Oleh kerana sekam terdedah kepada hujan berhari-hari, ia jadi sedikit padat. Jadi tepuk-tepuk tepi polibag macam pembuat roti canai menepuk rotinya. Gemburkan menggunakan tangan pada bahagian atas.


 4. Buat lubang pada sekam tadi, buat kat tengah-tengah polibag. Dasar lubang yg dikorek hendaklah sama tinggi dengan media semaian dalam tray. Agaknya dalam dua inci.


5. Bubuh anak pokok ke dalam lubang yang di korek tadi. 'Sedang-sedang' dengan akar anak pokok cili dan jangan terlalu dalam. BTW, cara nak cabut anak pokok dari tray ialah dengan memicit bawah tray, bila anak pokok terangkat sikit, baru cabut perlahan-lahan.Pastikan hari pemindahan tu anda tak siram pokok, sebab bila basah, payah nak cabut anak pokok. Media akan tertinggal dalam tray dan anak pokok sahaja yang tercabut bila media basah.


6. Timbus dan padatkan sekeliling pokok tadi. Oleh kerana media sekam ini ringan, kejadian anak pokok senget kerap berlaku. Ini kerana akar belum lagi 'bermaharajalela' dalam polibag. Tunggu seminggu dua baru OK.

 7. Cucuk penitis lebih kurang 3-4 cm dari pangkal pokok. Saya guna sakibaki polypaip 16mm sebagai pemberat menggantikan pen penitis. Jimat kos disini.



 8. Pastikan penitis tidak terangkat atau keluar dari polibag. Botol 100+ berkapasiti 500ml tu masa saya guna untuk sukat masa aliran air baja ke polibag.


OK Siap. Apa-apa ilmu atau komen, boleh tinggalkan komen anda.

Waullahu 'alam.