Tuesday, 28 May 2013

Membuat Recovery atau Restore atau Reset Microsoft Windows 8

Salam all.

Notebook atau Netbook atau PC yang didatangkan dengan perisian Microsoft Windows 8 (Ory) tidak di berikan nombor key seperti Windows 7 ataupun Windows XP yang mana nombor key selalunya dilekatkan dibawah casing bagi Notebook dan Netbook manakala PC dilekatkan di tepi casing.

Jika berlaku masalah kepada Windows ini, anda boleh restore semula Windows 8 Ory dalam mesin anda dan anda akan dapat semula Windows 8 yang baharu (Fresh).

Apapun, sebelum reset/restore, sila backup data anda samada ke external hard disk atau kedalam partition lain (mesin akan restore Windows 8 ke dalam partition yang ada Windows yang rosak).

Lihat video cara-cara reset/restore Windows 8 ;


Nota : cara seperti di atas boleh juga diguna kepada mesin yang berlainan jenama seperti Toshiba, HP, Lenovo dan sebagainya asalkan ia menggunakan Windows 8. Selamat Mencuba.

Amaran : Jika data-data anda adalah data yang penting, sila backup kedalam External hard disk dan juga ke dalam partition lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...