Tuesday, 24 July 2012

Membuat Huruf Lebih Besar (Drop Cap) pada awal posting

Membuat huruf yang lebih besar pada huruf awal posting macam dalam suratkhabar. Nampak cantik juga lah. Untuk membuatnya agak senang dan kena ada sekumit usaha atau godek-godek, apa yang diperlukan, hanya perlu ejust sikit kod html. Mari kita cuba:
Huruf I dibesarkan berkali ganda
Caranya :
1. Sama macam posting terdahulu, masuk ke tempat edit HTML (Rujuk).
2. Yang penting sekali, backup dahulu skrip asal.
3. Find kod ini : ]]></b:skin>
4. Salin kod di bawah:


/* kod untuk besarkan huruf awal ----------------------------------------------- */ .awal { float:left; color: #000000; background:#ffffff; line-height:80px; padding-top:1px; padding-right:5px; font-family:times; font-size:100px;

Nota: Anda boleh ubah nombor (contoh 80px kepada 40px) atau warna tulisan mengikut kesesuaian dan citarasa anda.

 5. Selepas salin kod di atas, paste-kan kod tadi di ATAS ]]></b:skin> 
Letak kod sebelum ]]></b:skin>

6. Simpan hasil kerja anda dengan klik pada Save Template.
7. Untuk memulakan posting anda, perlu meletakkan sedikit skrip pada HTML tab. Skrip tersebut ialah:
<span class="awal">Letak huruf awal di sini</span>
Lihat contoh:
Klik untuk besarkan gambar


Nota: Ada moleknya kalau taip posting bagi siap dahulu, barulah edit, tidaklah kelang kabut masa mana nak klik tab Compose dan HTML.

Selamat mencuba.

Wassalam

Sunday, 22 July 2012

Menyekat Iklan (Ads) pada Browser Anda

Iklan pada blog-blog atau web yang di kunjungi ada kalanya menyesakkan, apapun itu adalah salah satu cara empunya blog/web untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Ye la kan, penat-penat cari ide dan mengharapkan orang berkunjung selalu, kena ada iklan agar penat lelah kita sebagai blogger terbayar walau seringgit dua atau boleh la lepas bayar bil internet.

Ada iklan yang elok, dan ada yang dipasang 'penyakit' yang boleh menybabkan laptop/pc kita jadi 'letih' kerana terpaksa bekerja keras bukan disebabkan oleh tuannya, tapi dipaksa bekerja kepada 'penyakit' tadi.

Dipendekkan cerita, ada satu add-ons yang berfungsi untuk menghalang iklan-iklan samada video, flash, gambar dan sebagainya. Namanya AdBlock.

AdBlock akan menghalang sebarang iklan dari mewarnai browser anda
Google Chrome
Boleh memasangnya dengan masuk ke sini : Chrome Web Store

Mozilla Firefox
Boleh download di sini : AdBlock Plus

Sekadar berkongsi dan saya tidak memasangnya.
.
Wassalam

[Download] K-Lite Codec Pack 9.10 (Full) Latest Version

Bagi anda yang mahu memuat turun K-Lite versi terbaharu, boleh klik link di bawah.

Download : K-Lite 9.10
Download : K-Lite 9.02


Spesifikasi :

Title :  K-Lite Codec Pack (Full)
Filename : K-Lite_Codec_Full.exe
Requirements : Windows 2000 / XP / 2003 / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64
Languages : en-US
License : Freeware
Link : Filehippo.com

[Download] VLC Media Player 2.0.3 Latest Version



Download : vlc-2.0.3-win32.exe

VLC media player is a highly portable multimedia player for various audio and video formats as well as DVDs, VCDs, and various streaming protocols without external codec or program. It can also be used as a server to stream in unicast or multicast in IPv4 or IPv6 on a high-bandwidth network.

VLC can play:


  • MPEG-1, MPEG-2 and MPEG-4 / DivX files from a hard disk, a CD-ROM drive, and so onDVDs, VCDs, and Audio CDs
  • From satellite cards (DVB-S)
  • Several types of network streams: UDP/RTP Unicast, UDP/RTP Multicast, HTTP, RTSP, MMS, etc.
  • From acquisition or encoding cards (on GNU/Linux and Windows only)


Title : VLC Media Player 2.0.3
Filename :  vlc-2.0.3-win32.exe
File size :  21.57MB (22,617,148 bytes)
Requirements : Windows XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64
Languages : Multiple languages
License : Open Source
Date added : July 21, 2012
Author : VideoLAN.org
Link : Filehippo.com

[Penyelesaian] The proxy server is refusing connections Options

Masalah ini wujud ketika mahu menggunakan Firefox atau IE. Line internet ada (Samada broadband atau wifi atau streamyx) , tetapi browser samada Firefox dan IE tidak berfungsi dan keluar arahan berikut:

The proxy server is refusing connections
Firefox is configured to use a proxy server that is refusing connections.
* Check the proxy settings to make sure that they are correct.
* Contact your network administrator to make sure the proxy server is
working. 

Penyelesaian :

A. Mozilla Firefox

1. Klik pada icon Firefox (Tools) > Options


2. Kemudian keluar satu  Options Dialogue Box, klik pada tab Advanced [1] > Network [2] > Setting [3]


3. Sila tandakan pada 'No Proxy' (lihat gambar bawah untuk pencerahan).


4. Klik OK dan OK sekali lagi untuk menutup Dialogue Box Connection Setting dan Options.
5. Selesai dan cuba restart firefox atau close dan buka balik Firefox


B. Bagi pengguna Internet Explorer (IE)

1. Buka IE > Tools > Internet Options
2. Pada kotak Internet Options, pilih Connections tab > LAN Settings


3. Pada LAN Settings, buang tanda 'tik' atau biarkan kosong pada 'Use a proxy server for ...


4. Klil OK dan OK sekali lagi untuk menutup kedua-dua kotak dialog.
5. Restart IE atau close dan buka semula IE.

Selesai dan Wassalam.

Saturday, 21 July 2012

Meletakkan Professional Code Box pada Blog

Untuk memberikan blog anda lebih ceria, ada satu kod html untuk 'code box' yang saya ingin kongsikan disini, ia digelar kotak kod profsional atau Professional Code Box, yang sesuai untuk di isi dengan kod-kod html, java, css dan sebagainya. Bukan apa, kalau main letak sama macam posting biasa, dikhuatiri bila pelawat berminat pada kod tersebut, mereka akan copy dan paste bukan sahaja code tetapi ter'copy' juga iklan atau ayat-ayat lain. Ini akan memberikan ralat pada pelawat tadi.

Caranya:
1. Sign In ke akaun blog anda > Design > Template

2. Backup dahulu blog anda dengan menekan butang Backup / Restore (Simpan skrip asal blog anda elok-elok, kalau berlaku ralat, boleh backup semula)

3. Pada bahagian Template tadi, klik pada Edit HTML > Proceed

4. Tekan butang F3 pada keyboard atau tekan Ctrl + F untuk ruang Find

5. Cari kod ini pada skrip blog anda

 
6. Kemudian copy dan paste-kan kod di bawah, sebelum kod   ]]></b:skin>

.code { background:#f5f8fa; background-image:none; background-repeat:no-repeat; border: solid #5C7B90; border-width: 1px 1px 1px 20px; color: #000000; font: 13px 'Courier New', Courier, monospace; line-height: 16px; margin: 10px 0 10px 10px; max-height: 200px; min-height: 16px; overflow: auto; padding: 28px 10px 10px; width: 90%; } .code: hover { background: #FAFAFA; background-image:none; background-repeat:no-repeat; }

7. Lihat gambar dibawah untuk pencerahan


Klik untuk besarkan gambar
8. Save Template untuk simpan dan selesai.

9. Untuk meletakkan kotak kod pada posting anda, perlulah meletakkan skrip ini pada HTML Tab :


<div class="code">
Letak kod anda di sini
</div>

Lihat gambar

Sila guna HTML Tab. 

Dan hasilnya akan keluar seperti di bawah:


Letak kod anda di sini
Perlu diingatkan, anda hanya boleh melihat hasil kotak kod ini pada Preview atau Publish terus, semasa membuat posting, ianya tidak kelihatan. Selamat mencuba Wassalam

Friday, 20 July 2012

Memasang Butang DOWNLOAD Pada Youtube

Cara senang untuk memuat turun kandungan video dari youtube samada menggunakan link secara tradisional  (java) seperti posting saya beberapa hari lepas. Klik sini.

Hari ini akan di perkenalkan kaedah meletakkan butang download secara terus pada youtube.


Caranya :

Bagi pengguna Google Chrome, boleh pasang butang download tersebut dengan melawati web http://www.chromeextensions.org/utilities/ultimate-youtube-downloader/ . 
Klik pada Add to Chrome untuk install. Restart Google Chrome dan buka semula web Youtube.

Bagi pengguna Mozilla Firefox, boleh pasang Add-Ons dengan melawat web https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/download-youtube/ . Klik Download Now dan install. Sila restart Firefox anda untuk melihat hasilnya.

Selamat mencuba dan
Wassalam.

Sunday, 15 July 2012

Converter Format DOC ke PDF dan sebaliknya

Ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan menukar hasil kerja kita dalam format doc (Microsoft  Word) ke dalam bentuk format PDF. Walaupun percuma, tapi ada yang meminta email kita. Ini yang tak best, kang tak memasal mereka jual email kita kepada pihak ketiga, keempat dan seterusnya. Jadilah email kita tempat jual ubat kuat, loteri dan sebagainya.
Tukar dari pdf ke doc

Adalah satu dua web yang tak minta email, boleh la dikongsi disini. 

Antara web yang dikenal pasti menarik dan mudah ialah :


2. Website (fail boleh sampai 6MB) http://www.en.conv2pdf.com/


4. Yang ni boleh tukar excel ke pdf http://www.doc2pdf.net/Excel2PDF/

5. Tukar PDF ke Word http://www.doc2pdf.net/PDF2Word

Dan banyak lagi lah fungsi-fungsi lain.

Semoga membantu.

Waullahu 'alam

Saturday, 14 July 2012

Download Video dari Youtube (guna Java)

Ada bermacam-macam cara untuk download video kegemaran dan ambik video itu sebagai stok 'piret' dalam local hard disk. Jadi, semenjak terkena penyakit Baidu gara-gara mengguna Youtube Downloader, terus taubat tak nak guna dah. IDM dan Real Player dah guna dah.

Dengan bantuan Pakcik Google, jumpa jugak cara yang boleh di klasifikasikan sebagai mudah, laju dan senang, video satu jam pun boleh download terus. Ni kira sebagai altrnatif lah.

Ada insan menyarankan agar memasukkan butang Download pada web Youtube, oleh kerana taknak lagi main kod-kod serta add-ons pihak ketiga (guna GreaseMonkey), guna cara tradisional lah dulu.

Guna cara apa?

1. Saya guna cara suntingan yang popular dengan Java.
2. Mula-mula, kena download dan install program Java dahulu. [ Download Sini ]
3. Buka video pada youtube, berkenan pada video tersebut, pada URL video tu, sila tambah PWN.. lihat gambar bawah

[URL asal] URL diatas ialah untuk cerita satu jam lebih dalam youtube. Kalu tak nampak, klik gambar.

4. Untuk download video tersebut, kena tambah huruf pwn di hadapan perkataan youtube, lepas tu tekan Enter.

Tambah perkataan pwn di depan youtube, kemudian tekan enter pada keyboard. Kalu tak nampak, klik gambar kasi besar.

5. Lepas di Enter, kita akan dibawa ke website deturl.com

Saya guna SaveVid. Boleh pilih juga yang lain-lain, ikut format yang dikehendaki.

6. Kemudian, kita dibawa ke website SaveVid.com pula

Saya suka guna format FLV yang high quality. Memang gambar lawa lebih-lebih lagi 
video dari format HD

7.  Klik pada format yang di inginkan, ia akan di download samada menggunakan IDM atau download terus guna Chrome.

Selamat mencuba..

Waullahu 'alam

Cara buang Baidu Search Engine

Entah macam mana benda pelik ini boleh masuk dalam browser. Nama dia baidu, lawa namanya tapi perangai huduh. Benda Baidu ni menakluk ruang pencarian walhal tuan asal petak search itu ialah Pakcik Google. Kalau perangai dia macam Bing ke, Yahoo ke, ok la jugak, ini tidak.. bila search guna baidu, keputusan dia cari dari web bertulisan Cina sahaja.

Baidu pada Firefox. Chrome pun ada, IE pun ada.

Dikatakan baidu ini datangnya dari Tanah Besar China, dicipta oleh kerajaan mereka untuk pantau penggunaan internet penduduknya. Saya dapat baidu ni sebab download Youtube Downloader.

Penyelesaian :

1. Walaupun telah di remove dalam Manage Search Engines, bila dibuka balik Firefox, baidu ada semula dan ia menakluk petak pertama pulak tu.

Baidu timbul/wujud semula walau telah di remove. Walau kedudukan dia terkebawah,
ia tetap berjaya berada di kedudukan pertama (set as default secara automatik).

2. Cara yang saya guna ialah dengan menggunakan perisian Spybot Search & Destroy [ Download sini ], download, install, update, search problems dan fix problems. Jika perlu restart PC, restart PC dan ikut arahan yang disuruh oleh Spybot.

3. Sesudah di fix-kan, boleh lah masuk semula ke manage search engine, boleh remove dah dan tak gangu gugat petak pertama google.

4. Tetapi, ia tetap ada, nak tahu.. klik butang Restore Defaults, maka ia timbul balik. Tapi yang penting disini, ia tidak lagi menggangu gugat kesejahteraan empunya PC.

5. Ada gossip mengatakan, baidu akan memperlahankan penggunaan internet. Masalah juga ni. Tak taulah serta tak boleh test sebab internet brodband sememangnya slow dan membetatkan.

6. Bagi pengguna IE, guna Manage Search Providers untuk remove baidu.

Gambar ni saya ambil lepas remove baidu, jadi Bing lah yang Default, sebelum tu memang baidu.. macam firefox di atas.

7. Dalam kolum Search Providers, kena Set As Default enjin pencarian lain dahulu (cth : Bing), baru boleh remove baidu.

Harap dapat membantu..

Waullahu 'alam.

Friday, 13 July 2012

Kaspersky Internet Security 2013 (BETA) Trial 91 Days

Kaspersky Antivirus 2013 BETA termasuk percubaan selama 91 hari. Amat sesuai kepada pengguna pengguna PC ataupun Lappy yang menggunakan perisianWindows 7 (x86 bit dan x64 bit) dan Windows 8.

Apo yang penting disini ialah, KIS 2013 memberikan masa percubaan selama 91 hari yang mana kebiasaannya produk Kaspersky hanya memberikan percubaan selama 30 hari sahaja. Walaupun ini adalah versi BETA (percubaan), tetapi kita sudah tahu yang produk Kaspersky  adalah sememangnya perfect.

Mari kita mencubanya :

Installation :
1. Mula-mula download  dahulu KIS 2013 with build in 91 days trial [ DOWNLOAD]
2. Sila pastikan internet pada PC yang mahu di install KIS bersambung.
3. Kemudian install KIS 2013 selepas ianya siap di download, Lihat gambar di bawah


4. Ikut arahan yang diberikan semasa proses install.
5. Jika KIS 2013 meminta anda restart komputer, abaikan dengan menekan butang Reboot Later.
6. Bila proses install selesai, KIS 2013 meminta anda untuk memilih samada memasukkan nombor key atau active trial version. Sila pilih Active Trial Version dan klik Next..

Kasprsky Internet Security2013
Saiz : 148Mb

Tambahan;
KIS 2013 mempunyai aplikasi baharu iaitu Safe Money.


Dalam proses mencuba.

Wassalam....