Tuesday 25 November 2014

Fertigasi : Memindah Anak Lada Solok Ke Polibag

Salam all..

Sebenarnya projek Fertigasi cili ni baru je mula. Sepatut bermula 3 bulan lepas. Sebab kekurangan modal, tangguh la dulu dan baru mula seminggu lepas.

Kali ni nak tunjuk cara memindah anak cili/lada solok ke polibag yang mengguna media sekam bakar 100%. Ini cara yang saya buat kerana ini projek fertigasi pertama kali saya jalankan.

1. Isi air kosong dalam tangki. Alirkan ke polibag beberapa minit hingga air tadi mengalir keluar polibag. Kaedah ini dipanggil Flushing. Ini juga dapat membasahkan sekam untuk memudahkan penanaman dan mencucuk penitis. Ia juga berfungsi untuk membasuh sekam dan menuteralkan media tadi.

2. Pilih anak cili yang terbaik, subur dan nampak 'megah'. Tak perlu harap sangat yang seragam sebab ini bukan anak cili hybrid. Jadi ambik  yang terbaik dari yang terbaik. Yang kenit, ketepikan dulu.


 2. Oleh kerana sekam terdedah kepada hujan berhari-hari, ia jadi sedikit padat. Jadi tepuk-tepuk tepi polibag macam pembuat roti canai menepuk rotinya. Gemburkan menggunakan tangan pada bahagian atas.


 4. Buat lubang pada sekam tadi, buat kat tengah-tengah polibag. Dasar lubang yg dikorek hendaklah sama tinggi dengan media semaian dalam tray. Agaknya dalam dua inci.


5. Bubuh anak pokok ke dalam lubang yang di korek tadi. 'Sedang-sedang' dengan akar anak pokok cili dan jangan terlalu dalam. BTW, cara nak cabut anak pokok dari tray ialah dengan memicit bawah tray, bila anak pokok terangkat sikit, baru cabut perlahan-lahan.Pastikan hari pemindahan tu anda tak siram pokok, sebab bila basah, payah nak cabut anak pokok. Media akan tertinggal dalam tray dan anak pokok sahaja yang tercabut bila media basah.


6. Timbus dan padatkan sekeliling pokok tadi. Oleh kerana media sekam ini ringan, kejadian anak pokok senget kerap berlaku. Ini kerana akar belum lagi 'bermaharajalela' dalam polibag. Tunggu seminggu dua baru OK.

 7. Cucuk penitis lebih kurang 3-4 cm dari pangkal pokok. Saya guna sakibaki polypaip 16mm sebagai pemberat menggantikan pen penitis. Jimat kos disini.



 8. Pastikan penitis tidak terangkat atau keluar dari polibag. Botol 100+ berkapasiti 500ml tu masa saya guna untuk sukat masa aliran air baja ke polibag.


OK Siap. Apa-apa ilmu atau komen, boleh tinggalkan komen anda.

Waullahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...