Saturday, 14 July 2012

Download Video dari Youtube (guna Java)

Ada bermacam-macam cara untuk download video kegemaran dan ambik video itu sebagai stok 'piret' dalam local hard disk. Jadi, semenjak terkena penyakit Baidu gara-gara mengguna Youtube Downloader, terus taubat tak nak guna dah. IDM dan Real Player dah guna dah.

Dengan bantuan Pakcik Google, jumpa jugak cara yang boleh di klasifikasikan sebagai mudah, laju dan senang, video satu jam pun boleh download terus. Ni kira sebagai altrnatif lah.

Ada insan menyarankan agar memasukkan butang Download pada web Youtube, oleh kerana taknak lagi main kod-kod serta add-ons pihak ketiga (guna GreaseMonkey), guna cara tradisional lah dulu.

Guna cara apa?

1. Saya guna cara suntingan yang popular dengan Java.
2. Mula-mula, kena download dan install program Java dahulu. [ Download Sini ]
3. Buka video pada youtube, berkenan pada video tersebut, pada URL video tu, sila tambah PWN.. lihat gambar bawah

[URL asal] URL diatas ialah untuk cerita satu jam lebih dalam youtube. Kalu tak nampak, klik gambar.

4. Untuk download video tersebut, kena tambah huruf pwn di hadapan perkataan youtube, lepas tu tekan Enter.

Tambah perkataan pwn di depan youtube, kemudian tekan enter pada keyboard. Kalu tak nampak, klik gambar kasi besar.

5. Lepas di Enter, kita akan dibawa ke website deturl.com

Saya guna SaveVid. Boleh pilih juga yang lain-lain, ikut format yang dikehendaki.

6. Kemudian, kita dibawa ke website SaveVid.com pula

Saya suka guna format FLV yang high quality. Memang gambar lawa lebih-lebih lagi 
video dari format HD

7.  Klik pada format yang di inginkan, ia akan di download samada menggunakan IDM atau download terus guna Chrome.

Selamat mencuba..

Waullahu 'alam

Cara buang Baidu Search Engine

Entah macam mana benda pelik ini boleh masuk dalam browser. Nama dia baidu, lawa namanya tapi perangai huduh. Benda Baidu ni menakluk ruang pencarian walhal tuan asal petak search itu ialah Pakcik Google. Kalau perangai dia macam Bing ke, Yahoo ke, ok la jugak, ini tidak.. bila search guna baidu, keputusan dia cari dari web bertulisan Cina sahaja.

Baidu pada Firefox. Chrome pun ada, IE pun ada.

Dikatakan baidu ini datangnya dari Tanah Besar China, dicipta oleh kerajaan mereka untuk pantau penggunaan internet penduduknya. Saya dapat baidu ni sebab download Youtube Downloader.

Penyelesaian :

1. Walaupun telah di remove dalam Manage Search Engines, bila dibuka balik Firefox, baidu ada semula dan ia menakluk petak pertama pulak tu.

Baidu timbul/wujud semula walau telah di remove. Walau kedudukan dia terkebawah,
ia tetap berjaya berada di kedudukan pertama (set as default secara automatik).

2. Cara yang saya guna ialah dengan menggunakan perisian Spybot Search & Destroy [ Download sini ], download, install, update, search problems dan fix problems. Jika perlu restart PC, restart PC dan ikut arahan yang disuruh oleh Spybot.

3. Sesudah di fix-kan, boleh lah masuk semula ke manage search engine, boleh remove dah dan tak gangu gugat petak pertama google.

4. Tetapi, ia tetap ada, nak tahu.. klik butang Restore Defaults, maka ia timbul balik. Tapi yang penting disini, ia tidak lagi menggangu gugat kesejahteraan empunya PC.

5. Ada gossip mengatakan, baidu akan memperlahankan penggunaan internet. Masalah juga ni. Tak taulah serta tak boleh test sebab internet brodband sememangnya slow dan membetatkan.

6. Bagi pengguna IE, guna Manage Search Providers untuk remove baidu.

Gambar ni saya ambil lepas remove baidu, jadi Bing lah yang Default, sebelum tu memang baidu.. macam firefox di atas.

7. Dalam kolum Search Providers, kena Set As Default enjin pencarian lain dahulu (cth : Bing), baru boleh remove baidu.

Harap dapat membantu..

Waullahu 'alam.

Friday, 13 July 2012

Kaspersky Internet Security 2013 (BETA) Trial 91 Days

Kaspersky Antivirus 2013 BETA termasuk percubaan selama 91 hari. Amat sesuai kepada pengguna pengguna PC ataupun Lappy yang menggunakan perisianWindows 7 (x86 bit dan x64 bit) dan Windows 8.

Apo yang penting disini ialah, KIS 2013 memberikan masa percubaan selama 91 hari yang mana kebiasaannya produk Kaspersky hanya memberikan percubaan selama 30 hari sahaja. Walaupun ini adalah versi BETA (percubaan), tetapi kita sudah tahu yang produk Kaspersky  adalah sememangnya perfect.

Mari kita mencubanya :

Installation :
1. Mula-mula download  dahulu KIS 2013 with build in 91 days trial [ DOWNLOAD]
2. Sila pastikan internet pada PC yang mahu di install KIS bersambung.
3. Kemudian install KIS 2013 selepas ianya siap di download, Lihat gambar di bawah


4. Ikut arahan yang diberikan semasa proses install.
5. Jika KIS 2013 meminta anda restart komputer, abaikan dengan menekan butang Reboot Later.
6. Bila proses install selesai, KIS 2013 meminta anda untuk memilih samada memasukkan nombor key atau active trial version. Sila pilih Active Trial Version dan klik Next..

Kasprsky Internet Security2013
Saiz : 148Mb

Tambahan;
KIS 2013 mempunyai aplikasi baharu iaitu Safe Money.


Dalam proses mencuba.

Wassalam....

Sunday, 10 June 2012

Pengembara Kambing dan Paderi


Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.