Tuesday, 18 December 2012

Maksudnya, Siapa nak Jual Kegadisan?

Pelik betul ayatnya,
Lain kali pastikaan bahasanya betul.
Kang dan disalah tafsir.


Thursday, 13 December 2012

Tinggi Anda Adalah Sedepa Anda

Benarkah?

Benarkah tinggi kita juga boleh di ukur dengan panjangnya depa kita?

Depakan tangan, dan ukur. Gambar ihsan Titanic
Cara:

Cari tali yang lebih panjang dari depa anda. Kemudian cari rakan, depakan tangan anda, suruh rakan tadi letak hujung tali di hujung jari hantu dan heret tali ke hujung jari hantu tangan sebelah. Kemudia tandakan satu depa anda itu. Ambil pembaris dan ukur ukuran tali sedepa anda. Kemudian ukur dari kaki ke kepala anda pula. Sama tak panjangnya?

Ralat:
1. Laki/bini boleh buat rakan ukur, bukan muhrim jangan aaa..
2. Tarik tali melalui belakang, kalau lelaki boleh dari bahagian belakang atau depan, kalau perempuan arah belakang sahaja, sebab kaum tu ada 'ralat' banyak kalau ukur dari depan.. hehehe, takut-takut panjang sedepa dari tinggi sebenar.

Cubalah. Tapi jangan ukur sedepa jika nak isi dalam borang-borang rasmi.


Friday, 7 December 2012

Nota : Tip Berniaga dan Cara Promosi

Salam..

Ada sebutir dua nak kongsi tip-tip berniaga dan juga tip nak buat jualan atau promosi.

1. Bagi peniaga kuih muih, peniaga telur dan pengusaha bekalan bahan mentah kepada kuih muih, musim buah-buahan adalah musim jualan mereka berkurangan. lebih lebih lagi kalau masa tu adalah masa kemuncak, buah buahan harganya turun mendadak. Pengguna lebih kepada membeli buah buahan yang murah jika nak dibandingkan dengan membeli kuih muih.

2. Kalau anda baru berjinak-jinak nak jual ayam proses, buat promosi pada sehari sebelum hari cuti, contoh di Kelantan cuti hari Jumaat, hari Khamis tu buat promosi iaitu letak label besar-besar tepi jalan. Contoh, harga jualan anda seharian ialah RM4.80 sekilo, pada hari Khamis, turunkan kepada RM4.40 sekilo, hari Jumaat letak pada harga biasa iaitu RM4.80. Ide ini kerana saya pernah terkena. Pada hari Jumaat, rancang nak pergi bakar ayam di pantai, jadi pada Khamis, ada satu tempat letak harga RM4.40 sekilo. Teruja nak beli kat situ, pagi Jumaat tu saya pergi la kat tempat tu, tengok-tengok dah naik RM4.80, beli je la sebab tak nak buang masa cari tempat murah yang lain.

3. Kalau dulu, nak buat promosi samada sepanduk, kain rentang atau apa-apa medium pengiklanan, saya selalu buat promosi ni masa dekat dekat penjawat awam dan swasta nak dapat gaji, Contoh gaji mereka pada 23hb dan 30hb untuk swasta, Jadi kena buat promosi pada 18hb contohnya, Lagi elok kalau sepanduk digantung sebelum hari cuti, contohnya Jumaat cuti - elok letak pada Khamis. Sebab sepanduk kena bayar kepada Majlis Daerah/Perbandaran, boleh jimat kos. Tapi sekarang saya perhatikan, orang kita sentiasa ada duit, rezeki murah tu.

4. Ada satu teguran, kalau harga kita tetapkan RM50, pelanggan bayar harga lama contohnya RM55, jangan kita diamkan, bagi bakinya RM5 tu dan bagitahu dia harga dah turun. Contoh, harga RAM (memori laptop) RM90 pada bulan Oktober lepas, pelanggan tanya dan harga masa tu RM90 (4GB DDR3), pelanggan kata nak upgrade RAM laptop pekerja. Bulan Disember dia baru mari dan bawa 10 buah laptop untuk di upgrade RAM nya. Dia tinggal duit RM900. Padahal pertengahan November harga RAM dah turun kepada RM70. Mungkin pelanggan ingat harga masih lagi RM90. Jadi kena pulangkan bakinya serta bagitahu harga dah diturunkan. Dalam bab ini, jangan kelabu mata, rezeki kena bersih beb. Hukum? Bab ni dah macam riba. Kalau pekerja buat silap, iaitu masih jual pada harga lama padahal dah kita tetap harga baru lebih murah, kita tak kenal pelanggan tu. Jadi, duit lebih tu sedekah lah, niat pada si pembeli tadi.

... nanti sambung kemudian

Waullahhu 'alam

Wednesday, 5 December 2012

Nota : Ikon Pada Desktop Berubah Menjadi Sama Semuanya

Salam..

Ikon pada desktop berubah menjadi sama semuanya,lihat gambar bawah.

Semua icon menjadi media classic termasuklah Microsoft Word


jadi cara penyelesaiannya, cuba yang ini:

1. Download program : https://skydrive.live.com/?cid=4fc3e8fc77f77286&id=4FC3E8FC77F77286!195

2. Download inkfix (dalam bentuk zip).

3. Selesai download, extract dan run-kan program tersebut.

4. Restart komputer/laptop anda.

Saturday, 1 December 2012

Tips Menetaskan Telur Ayam


Telur boleh disuluh menggunakan torch light untuk melihat keadaan di dalamnya. Jika semasa telur ditetaskan, terdapat urat-urat merah, itu tandanya telur itu ada benih. Jika tiada apa-apa perubahan pada telur, itu tandanya telur rosak


Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam.

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.

6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!








8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.


9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.



INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.

Sumber : http://saffaagrotrading.blogspot.com/2012/10/tips-menetaskan-telur-ayam.html