Friday, 7 December 2012

Nota : Tip Berniaga dan Cara Promosi

Salam..

Ada sebutir dua nak kongsi tip-tip berniaga dan juga tip nak buat jualan atau promosi.

1. Bagi peniaga kuih muih, peniaga telur dan pengusaha bekalan bahan mentah kepada kuih muih, musim buah-buahan adalah musim jualan mereka berkurangan. lebih lebih lagi kalau masa tu adalah masa kemuncak, buah buahan harganya turun mendadak. Pengguna lebih kepada membeli buah buahan yang murah jika nak dibandingkan dengan membeli kuih muih.

2. Kalau anda baru berjinak-jinak nak jual ayam proses, buat promosi pada sehari sebelum hari cuti, contoh di Kelantan cuti hari Jumaat, hari Khamis tu buat promosi iaitu letak label besar-besar tepi jalan. Contoh, harga jualan anda seharian ialah RM4.80 sekilo, pada hari Khamis, turunkan kepada RM4.40 sekilo, hari Jumaat letak pada harga biasa iaitu RM4.80. Ide ini kerana saya pernah terkena. Pada hari Jumaat, rancang nak pergi bakar ayam di pantai, jadi pada Khamis, ada satu tempat letak harga RM4.40 sekilo. Teruja nak beli kat situ, pagi Jumaat tu saya pergi la kat tempat tu, tengok-tengok dah naik RM4.80, beli je la sebab tak nak buang masa cari tempat murah yang lain.

3. Kalau dulu, nak buat promosi samada sepanduk, kain rentang atau apa-apa medium pengiklanan, saya selalu buat promosi ni masa dekat dekat penjawat awam dan swasta nak dapat gaji, Contoh gaji mereka pada 23hb dan 30hb untuk swasta, Jadi kena buat promosi pada 18hb contohnya, Lagi elok kalau sepanduk digantung sebelum hari cuti, contohnya Jumaat cuti - elok letak pada Khamis. Sebab sepanduk kena bayar kepada Majlis Daerah/Perbandaran, boleh jimat kos. Tapi sekarang saya perhatikan, orang kita sentiasa ada duit, rezeki murah tu.

4. Ada satu teguran, kalau harga kita tetapkan RM50, pelanggan bayar harga lama contohnya RM55, jangan kita diamkan, bagi bakinya RM5 tu dan bagitahu dia harga dah turun. Contoh, harga RAM (memori laptop) RM90 pada bulan Oktober lepas, pelanggan tanya dan harga masa tu RM90 (4GB DDR3), pelanggan kata nak upgrade RAM laptop pekerja. Bulan Disember dia baru mari dan bawa 10 buah laptop untuk di upgrade RAM nya. Dia tinggal duit RM900. Padahal pertengahan November harga RAM dah turun kepada RM70. Mungkin pelanggan ingat harga masih lagi RM90. Jadi kena pulangkan bakinya serta bagitahu harga dah diturunkan. Dalam bab ini, jangan kelabu mata, rezeki kena bersih beb. Hukum? Bab ni dah macam riba. Kalau pekerja buat silap, iaitu masih jual pada harga lama padahal dah kita tetap harga baru lebih murah, kita tak kenal pelanggan tu. Jadi, duit lebih tu sedekah lah, niat pada si pembeli tadi.

... nanti sambung kemudian

Waullahhu 'alam

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...