Monday, 15 October 2012

Web Site.. baru siap 9.92 persen

Salam..

Ada member yang tanya, dia nak berniaga jersi bola serta baju sukan (import dari siam katanya), jadi saya syorkan tak perlu beli dan upah web master untuk buat web.

Hanya tiru macam saya, guna opencart. ianya percuma.
Download opencart skrip, upload dalam 000webhost. percuma jugak
Kalau nak lagi cun, domain tu guna Co.CC. percuma dan cantik jugak.

Kepada penjengok, boleh tengok web saya yang tak berapa hensem ini.

klik : http://ibacom.comyr.com/

Kenapa comyr.com - sebab hosting free..dia bagi nama yang tak cantik, nanti siap, nk beli domain dan hosting (berbayar) boleh letak nama www.ibacom.com.my.

Theme juga free..asalnya di download dari sini : http://themeglobal.com/opencart/themeglobal/
Guna opencart versi terbaharu, antaramuka berlainan tu sebab godek2 sendiri.

Boleh lah buat masa ini, jadi sapa2 nk beli Part Notebook atau Netbook, boleh oder dah.. Biz ni dah lama berjalan, tapi baru nk start buat web.. zaman online la katakan..

Wassalam...

Monday, 8 October 2012

Sesak dalam Opencart

Salam..

Setelah berhari-hari main dengan skrip Opencart gara-gara nak update website (Update skrip yang free macam ni la), terlayan lagu lama nyayian Amer Ukys berjudul Sesak, ok la jugak dikala sesak otak (kehabisan ide)
Barang sesiapa yang berminat dengan perniagaan online, boleh berjinak-jinak dengan Opencart, semua percuma lebih-lebih lagi kalau guna hosting 000webhost.com dan domain pula guna Co.CC.. hehe

Sesak boleh di maksudkan sebagai miskin, pokai atau kekurangan sumber kewangan. Meh layan lagu Sesak dendangan kumpulan Ukys.

Sunday, 23 September 2012

Aktifkan MS Office 2010 Pro

Cuba yang ni kot2 menjadi :

Mula-mula download toolkit dahulu : http://www.mediafire.com/?edit21difw1bv3w

Lepas tu tengok video dibawah cara-cara guna toolkit :




Jika cara di atas tidak menjadi, kena cuba cara kedua dibawah:

Kalau tidak menjadi juga, download MS Office Trial : Download (500MB), selesai download, unistall OS Office yang asal, dan install Trial Version. (Pastikan line internet laju, jika guna broadband, Kuota akan habis lebihkurang 500MB, harap guna wifi percuma untuk download).

Kemudian, download Activated, rujuk video di bawah cara guna.

Download Activate : http://www.mediafire.com/?5qcd2fe2yigmc3a





Thursday, 2 August 2012

Video Youtube 'Freezes' (Berhenti) - Bukan buffering

Pasang video di youtube, sekejap ia berhenti sedangkan line internet laju dan tiada buffering. Ini mungkin disebabkan oleh plugin flash player versi terbaharu yang ada bug. Kadang-kadang undur sedikit video ia akan bergerak tetapi berhenti semula. Kalau ada iklan pada permulaan, iklan tidak boleh di skip dan video tidak dapat di tonton.

Sedikit penyelesaian lebih-lebih lagi bagi pengguna Chrome kerana Chrome sememangnya sentiasa 'automatic update' flash player.

Penyelesaian: 
1. Buka Chrome
2. Pada address bar, taip chrome://plugins/


3. Klik pada + Details (Sebelah kanan, lihat gambar atas)


4. Kemudian, Disable-kan plugins flash player versi yang terbaharu sekali (Berada di bahagian atas). Saya disablekan flash versi 11.3.31.222 (terbaharu).
5. Tutup tetingkap, dan buka youtube, cuba pasang video.

Selesai.

Wassalam