Lama sungguh tak menulis dalam blog.
Ceritanya..
Pokok nibong orang tahu belaka, tapi amat jarang jumpa pokok nibong tunggal. Nibong ni ia tumbuh banyak-banyak, emm.. macam pokok tebu lah atau pokok pinang hiasan tu, banyak anak-anak pokok tumbuh di sekelilingnya.
Pokok Nibong yang 'normal' atau biasa di lihat |
Bagaimana rupa-nya pokok nibong tunggal?
Tunggal bermakna ia tumbuh hanya sebatang sahaja, macam pokok kelapa. Hanya sebatang dan tanpa 'geng'. Gambarnya ada di bawah ni..
Pokok Nibong Tunggal |
Sebenarnya pokok ni terlindung, terlindung dari rumah aku dan hutan belukar. maknanya takde orang tahu kewujudan pokok tu kecuali keluarga dan sahabat handai aje..
Kat tepi tu pokok buluh duri, aku selalu juga cari rebung buluh duri. Tapi hutan belukar, masyaAllah.. tebal ooo. Tiga tahun lepas kami sekeluarga berabis RM1000++ untuk cuci hutang belukar ni, terbiar dan tumbuh semula la.
Tup-tup ada orang tawarkan harga sebab nak beli pokok nibong tu. Dia kata 'sebut je harga' dia nak bayar berapa saja.
Jadi, kami taknak jual lah pokok tu, sebab tahu dah, pembeli nak buat benda tahyul mahyul. Nak buat pendinding la, pelindung la, macam la Nabi dan Ulama' dulu-dulu dan Ustaz sekarang tak ajar ayat Quran untuk melindungi diri, keluarga, kampung etc3. Pokok nibong juga yang di harapkan.
Aku search dalam intenet ni, ada yg berharga RM30 untuk kepingan batang nibong tunggal bersaiz 2cm x 1cm. Perghh. Bayangkan, pokok yang setinggi bangunan 4 tingkat tu dengan ukur lilit hampir sebesar periuk nasi yang kecil. Kayo kawe kalu jual.. haha.
Hajat nak buat pelindung juga suatu hari nanti.. tebang pokok nibong tu, kerat se-meter setengah, tanam tepi sempadan tanah, lepas tu sangkut kawat berduri, jadi pelindung kepada lembu-lembu.
Waullahu 'Alam
Bykkan lg membaca dan dalami ilmu ciptaan Allah saudara..setiap ciptaan Allah ada keistimewaannya..manusia menggunakan ciptaan Allah hya sbg usaha dan perantaraannya...hya keizinan Allah akan termakbul sesuatu hajat..saudara sakit pening ambil ubat tak? Tau x klw tdak diizin Allah saudara xkan sembuh?
ReplyDelete