Saya baru mula buat rumah, melalui pinjaman SPP (bawah Jabatan Perumahan Negara - KPKT).
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk golongan berpendapatan rendah atau bekerja sendiri dengan pendapatan kurang dari RM 750 - RM 2,500 (kalau kurang memang layak dapat rumah free PPRT). Rumah ni keluasan dia tak boleh lebih dari 1000 kaki persegi. Pinjaman yg diluluskan ialah RM 45, 000.00 Samada nak guna plan yang Jabatan Perumahan bagi atau ada plan sendiri, dengan syarat :
- Plan rumah kos remdah, keluasan 700 - 1000 kaki persegi.
- Sekurang-kurangnya ada 3 bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.
- Mendapat kelulusan majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (jika perlu)
- Kena lantik sendiri kontraktor yg akan bina rumah tu. Nak buat sendiri pun boleh, tapi sakit kepala la. baik serah kepada kontraktor.
- Lain-lain syarat atau nak minta rumah jenis ni atau rumah-rumah jenis lain boleh rujuk sini : http://ehome.kpkt.gov.my
Di tempat saya ni, rumah ini digelar Rumah KADA (Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan atau PPK), kerana apa-apa proses bermula dari ceramah penerangan, borang, tunjuk ajar hingga lantikan kontraktor pembinaan - semua pejabat PPK yang uruskan. Kita cuma serah sahaja, kad bank (yang SPP akan bank in duit) mereka pegang.
Kalau nak buat sendiri pun boleh, nak cari tukang sendiri, tapi duit kena ada la, sebabnya pegawai KPKT akan turun melawat ke tapak pembinaan mungkin setiap dua bulan sekali. Bila pegawai itu datang melawat tapak, mereka akan luluskan duit setakat peringkat-peringkat yg telah siap.
Peringkat tersebut ialah :
Peringkat I (10%): (Lulus RM 4,500.00)
Proses gadaian tanah telah selesai (Geran tanah disimpan di JKPTG)
Peringtat II (25%) : (Lulus RM 11,250.00)
Dibankin (25% ini) setelah kerja-kerja pembinaan asas dan rusuk tanah telah siap, kerja-kerja seperti pembersihan tapak, mengorek asas tapak, pembinaan asas tapak dan tapak tiang dan pembinaan rusuk tanah (bing).
Peringkat III (35%) : (Lulus RM 15, 750.00)
Kerja-kerja pembinaan rangka tetulang, lantai, dinding, rangka pintu dan tingkat telah siap.
Peringkat IV (25%) : (Lulus RM 11, 250.00)
Kerja-kerja pembinaan bumbung, kemasan lantai, dinding, pendawaian elektrik dan kelengkapan kebersihan. Kerja-kerja paip air, pembentungan, elektrik, mengecat, pasang pintu dah siap.
Peringkat V (5%) : Lulus RM 2, 250.00
Penyambungan bekalan air dan elektrik telah siap.
Selalunya rumah SPP ni siap dalam masa dua bulan sahaja (melalui kontraktor la). Pegawai yang melawat terus luluskan hingga peringkat V setelah melawat kali ke dua sebab rumah dah siap. Ok, sambung lain kali. Lepas ni nak letak gambar pula.
Wassalam...