Peta Asia Timur? seperti ice berg dekat kutub utara. Ini dipanggil PB atau Pecah dan Baling |
Sedikit kegetaran terasa di hati. Inikah yang dipanggil 'kegusaran'. Ku belai-belai lembut pada surface yang licin itu, tersentuh pada satu satu tempat, terasa 'cupingan' tajam. Oh..itulah yang dipanggil skrin pecah.
Pecahnya skrin laptop adalah disebabkan oleh faktor-faktor dari pengguna sendiri, iaitu kecuaian, kedegilan, kealpaan, keculasan, dan bermacam-macam lagi 'ke', dan sudah semestinya bukan dari kesilapan kilang kecuali semasa membeli anda sudah sedia maklum skrin itu pecah - jangan beli la!
Sebab yang paling banyak saya jumpa antaranya ialah:
- Ter-tinggal pen/pensil/pemadam yang di letak di atas pad laptop. Bila ditutup skrin cover tu, 'kruupp' (bunyi agak ngeri). Bila buka cover skrin dan ON laptop, ada setompok tanda hitam agak besar berbingkai-bingkai pada skrin. Sah dah kena tukar baru.
- Ter-tinggal fon telinga. Situasi sama dengan no satu di atas.
- Kabel external hard disk terjuntai di atas pad. Situasi sama juga lah.
- Ter-pijak. Memang jenis tak sayang la kalau tinggal atas lantai tu.
- Terjatuh. Selalunya kes tersepak kabel charger/adapter. Moral di sini ialah, jangan hadang/halang laluan dengan kabel chager/adapter anda. Masalahnya, kalau orang lain yang tersepak kabel dan lappy anda pecah skrin, dia yang kena ganti atas kecuaian anda. Jangan susahkan orang lain.
- Bag laptop yang sendat atau ketat. Skrin boleh pecah lebih-lebih lagi kalau ada chager di antara skrin dan body laptop. Seolah-olah skirn tersepit. Lebih-lebih lagi kalau andar bersandar atau ter-sandar pulak.
Harga skrin LED HD 14.0" RM300.00, kalau 14.1" RM 350.00, kalau 10.1" RM 250.00, ini gred A+. Lawatilah web abg is : www.ibacom.comyr.com
Wassalam..
15 inch berapa rm bro? 15.6"?
ReplyDeleteRM350 bro..sorry lambat rply.
Deletekalau skrin tu berkelip kelip sampai nk bce apa yg kat dekstop pun xdpt, dah memang trk sngt la kan? just tukar dy pnya skrin je lah? yg lain still ok kan?
ReplyDeleteTukar skrin terus.. lain2 ok tu
DeleteKlau laptop model Asus A45V ade x screen dia? duduk dkat kelate koh?
ReplyDeleteSkrin 14.0" LED tu.. Kos dalam RM300
Delete