Thursday, 8 March 2012

Belajar Menggunakan Tulisan Jawi

Salam..


Hampir tiga jam bertapa depan komputer, dapatlah belajar serba sedikit tentang cara-cara menaip tulisan Jawi pada komputer menggunakan keyboard Arabic (Dewasa ini masih belum wujud lagi keyboard Arab-Jawi). Walaubagaimanapun, pihak SIRIM telah mengeluarkan satu software khas untuk pengguna-pengguna yang mahu taip tulisan Jawi.

Cerita perihal tulisan Jawi dan asal usul serta bentuk-bentuknya bolehlah dirujuk Wikipedia Bahasa Melayu, mereka dah terangkan secara detail dari A hingga Z disitu. Jika anda mahu translate dari tulisan Rumi kepada tulisan Jawi, boleh ke halaman E-Jawi, mereka ada sediakan perisian translate secara percuma.

Pendek kata, posting berikutnya, saya akan terangkan cara-cara untuk mengguna atau menaip tulisan Jawi pada komputer masing-masing. Cara ini bermula dari install arabic font (tulisan Arab) pada Windows 7, cara untuk install program Jawi yang di keluarkan oleh SIRIM, setting keyboard dan cara memasukkan tulisan Jawi (Jawi Font) kedalam sistem Windows 7.

Wassalam...

1 comment:

  1. salam,
    terima kasih kerana catitan diatas, amat menghargainya

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda agar saya tidak kesorangan.. hehehe. Silakan, tapi komen elok-elok aaaaa...