Sunday, 16 September 2018

Pen Drive Keluar Tulisan GIBBERISH atau Tulisan Pepaku Zaman Batu (Macam ASCII Code)

Salam...

Penyebab : Kes cucuk pendrive dan drive lain pada USB komputer lama seperti PC Zaman Pentium 4.

Klik utk besarkan gambar

Penyelesaian :


1. Download GetDataBack. Jika PenDrive anda guna format FAT32, klik kanan pada icon Fat32 dan RUN AS Administrator.


2. Klik NEXT


3. GetDataBack akan scan, klik pada PenDrive anda. Kena pastikan betul-betul deh.. Klik NEXT


4. Ia akan scan pen drive anda, lambat atau cepat bergantung kepada saiz dan pen drive anda. Klik NEXT apabila selesai.

Sila semak setiap Folder utk pastikan file yang telah di backup.
5. Folder asal anda akan di namakan seperti dlm gambar atas, ia jadi nombor, contoh [00A56E]. Anda kena rename semula selepas siap di backup nanti.

6. Bina satu folder, dan namakannya BACKUP. Nak lagi mudah, buat folder Backup ini di DESKTOP ataupun kat mana-mana yang anda rasa terbaik (Dalam partition D sbg contoh). Jangan buat dlm PenDrive yg terkena penyakit ini.

7. Klik KANAN pada FAT32 (Arahan 1) dan pilih COPY. Atau kalau perlu,


7. Arahan 1 ialah Folder Backup yang di buat di Desktop. Apabila klik pada COPY. Klik butang Browse (Arahan 2) dan cari lokasi folder Backup (Contoh dlm Desktop). Dan Klik OK.


8. Proses Copy File ke Folder Backup. Tunggu hingga siap.

Dalam Folder Backup pada desktop

9. Sila semak satu-satu folder yang di simpan dlm folder Backup di desktop. Pastikan file anda selamat. Jika semua dah OK, anda boleh Rename semula folder-folder tersebut..



10.  Apabila file anda di DESKTOP tadi dah selamat. Pen Drive yang kena penyakit tadi, boleh di Format. Selesai format, anda boleh COPY file anda tadi ke dalam pen drive anda pula.

Download:
Download GetDataBack (Mediafire)



Selesai..

Waullahu 'alam.

Sunday, 11 January 2015

Fertigasi : Banjir Melanda Kebun/Ladang Cili Fertigasi

Salam..

Dugaan dari Ilahi, dua kali kena air bah. Memang bah kali ini dasyat, tempat yang tidak pernah dinaiki air pun kena juga.

1. Banjir Gelombang Pertama, air datang dari Siam melalui sungai Golok.


Pokok tengah berputik masa ni

Gambar dua hari kemudian, itik dan angsa terlepas masuk dalam kawasan tanaman

2. Proses 'baik pulih', buang pokok yang mati dan juga pokok yang patah. Ada yang kena penyakit kulat.


3. Banjir Gelombang ke dua datang melanda, kali ini air datang dari sungai Kelantan (Air Gua Musang)

Kerja-kerja selamatkan anak pokok tak sempat siap, gelombang kedua datang seminggu kemudian.



4. Kerja-kerja penyusunan semula pokok. Hampir separuh (Sekitar 250 pokok mati atau rosak)


Hampir dua minggu pokok tak terjaga, sebab banjir dan juga ketiadaa eletrik. Ada yang terbantut pertumbuhan, ada yang kecut terus, dan ada yang habis gugur daun.




Yang tinggal hari ini.



Pokok yang terselamat tapi masih 'sakit', masih lagi mampu keluarkan hasil

Semua ini, dugaan, cubaan, dan cabaran.

Waullahu 'Alam

Sunday, 7 December 2014

Fertigasi : Pokok Cili Berbunga pada hari ke 17

Salam all..

Awalnya pokok berbunga,
syukur alhamdulillah...

Adakah ini normal atau tidak?
Selalunya pokok cili atau biasanya cili kulai, ia berbunga pada usia satu bulan + seminggu lebih (40 hari). Nak di katakan pokok ditanam lewat, mungkin juga sebab saya pindah ke polibag pada usia 30 hari. Sepatut usia 25 hari wajib pindah.

Oleh kerana saya baru dalam bidang ini, saya anggap itu normal. (Pokok tak sampai sekaki tinggi, baru pecah cabang)




Monday, 1 December 2014

Fertigasi : Daun dan Pucuk Cili Berwarna Kuning

Salam all..

Tanaman fertigasi sy dah ada nampak masalah. Tak tahu penyakit apa, atau mungkin kekurangan air, baja atau kekurangan unsur dalam baja AB SOL.

Daun menjadi kekuningan dan urat pada daun sahaja yang masih hijau. Boleh dikatakan 99% pokok cili menjadi begini.

Mohon kepada yang tahu untuk berikan komen dan ulasan serta cara pencegahan.

Media digunakan - Sekam padi bakar 100%
Baja digunakan - Baja ready made AB SOL 20-20-20+TE
Sumber air - dari paip JBA (Berklorin)
Kadar siraman - 500ml sehari
Bilangan siraman - 6 kali sehari
Masa siraman - 2 minit.
Kuantiti pokok - 440 pokok/polibag
Pam digunakan - TOYO 0.5hp

Wassalam.

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

Biru di hijung tu bekas/peninggalan siraman racun kulat (racun debu berwarna biru)

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

JAWAPAN DARI PEGAWAI PEMASARAN MARDI (BLOG MYAGRI DI SEBELAH):

Wsalam,
Bila dilihat gambar tersebut, di dapati pokok macam kekurangan Baja mikro
nutrient.

Berapa pokok yang jadi macam ini? adakah kesemua polibeg atau 5% daripada
keseluruhan pokok.

Air JBA adalah air terbaik untuk tanaman fertigasi. Dos Klorin di dalam
air JBA tidak memberikan masalah pada tanaman. Buktinya ikan hiasan dan
manusia tidak mati dengan menggunakan air JBA.

Penggunaan Baja 20-20-20 + TE dalam fertigasi selalu menghadapi masalah
ini sebab itu saya Tanya berapa bilangan pokok yang kena seperti ini.

Kalau banyak polibeg yang jadi masalah ini, formulasi atau dos bancuh Baja
20-20-20 tersebut perlu ditambah. Bukan EC tetapi kepekatan pati Baja
tersebut.

Kalau sekadar 5% polibeg sahaja, kemungkinan pH dalam polibeg tersebut
lari, jadi pokok tidak dapat tangkap nutrient yang diberikan terutama
mikro nutrient. Jadi cuba boleh buat flushing air kosong

Jika masih manghadapi madalah ini boleh wassap saya di talian 0173052951.

sekian, terima kasih.

ysuhaimi


------
Saya kena flushing tiap-tiap hari kerana symptom daun kuning hanya terkena pada lebihkurang 40 pokok sahaja.