Membuat huruf yang lebih besar pada huruf awal posting macam dalam suratkhabar. Nampak cantik juga lah. Untuk membuatnya agak senang dan kena ada sekumit usaha atau godek-godek, apa yang diperlukan, hanya perlu ejust sikit kod html. Mari kita cuba:
 |
| Huruf I dibesarkan berkali ganda |
Caranya :
1. Sama macam posting terdahulu, masuk ke tempat edit HTML (
Rujuk).
2. Yang penting sekali, backup dahulu skrip asal.
3. Find kod ini :
]]></b:skin>
4. Salin kod di bawah:
/* kod untuk besarkan huruf awal
----------------------------------------------- */
.awal {
float:left;
color: #000000;
background:#ffffff;
line-height:80px;
padding-top:1px;
padding-right:5px;
font-family:times;
font-size:100px;
Nota:
Anda boleh ubah nombor (contoh 80px kepada 40px) atau warna tulisan mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
5. Selepas salin kod di atas, paste-kan kod tadi di ATAS
]]></b:skin>
 |
| Letak kod sebelum ]]></b:skin> |
6. Simpan hasil kerja anda dengan klik pada Save Template.
7. Untuk memulakan posting anda, perlu meletakkan sedikit skrip pada HTML tab. Skrip tersebut ialah:
<span class="awal">Letak huruf awal di sini</span>
Lihat contoh:
 |
| Klik untuk besarkan gambar |
Nota:
Ada moleknya kalau taip posting bagi siap dahulu, barulah edit, tidaklah kelang kabut masa mana nak klik tab Compose dan HTML.
Selamat mencuba.
Wassalam